Ishhhh... Malu pulak aku. Bukan malu apa, cuma malu bila kes macam ni gi mengadu kat bangsa lain. Mana pejuang-pejuang bangsa seperti PERKASA? Mana perginya UMNO yang kononnya menjuarai isu bangsa Melayu? Alih-alih akak ni bawa permasalahan berkaitan anu anaknya kepada bangsa Cina iaitu MCA. Aku bukannya bersikap perkauman, tapi malu le bila bab macam ni tak dapat ditangani oleh pemimpin-pemimpin Melayu. - SADIS woooo~
MURUNG SELEPAS BERKHATAN
PETALING JAYA : Seorang remaja memerlukan kos rawatan bagi memulihkan anggota sulitnya yang mungkin tidak boleh berfungsi selepas dikhatankan menggunakan peralatan tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM). Ibu mangsa, Ummi Kalsom Ahmed, 40, berkata, anaknya yang kini berusia 14 tahun bakal menanggung risiko alat sulitnya tidak dapat berfungsi akibat kejadian berkenaan.
Menurutnya, pada 2008, anaknya mengikuti majlis khatan yang dianjurkan sebuah masjid dengan kerjasama sebuah jabatan agama, bagaimanapun anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun terpaksa dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti apabila mengadu sakit.
"Dia ditahan wad selama dua bulan, doktor ketika itu memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan dengan menampal kulit perit pada alat sulitnya selepas ia rosak akibat dijangkiti kuman," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, di sini.
Meskipun sudah empat tahun berlalu, Ummi Kalsom berkata, anaknya kini berada dalam keadaan tertekan. "Saya mahu meneruskan rawatan, namun sehingga kini, tiada mana-mana pihak yang mahu tampil membantu, malah sejak kejadian itu tiada individu mengakui kesalahan yang menyebabkan kejadian seumpama ini berlaku. Saya mahu lihat anak saya pulih dan menjalani kehidupan normal seperti remaja lain yang sedang meningkat dewasa," katanya. Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Ummi Kalsom di talian 016-3734007. - SINAR HARIAN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan