SHAH ALAM, 2 Mac : Isteri kedua ahli perniagaan India, Muthuraja a/l Allalkathan, memberitahu perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat bahawa suaminya tidak pernah pulang semula ke India selepas pergi ke Malaysia untuk berjumpa tertuduh pertama, N Pathmanabhan, dua tahun lepas.
S Usharani, 26, dari Chennai, berkata Muthuraja berlepas ke Malaysia pada 18 Jan 2010 selepas menerima panggilan telefon daripada Pathmanabhan, yang meminta suaminya datang ke Malaysia untuk urusan pekerjaan.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin bagaimana dia mengetahui mengenai panggilan itu, Usharani berkata ketika Pathmanabhan menghubungi suaminya pada 16 Jan 2010, telefon bimbit Muthuraja diletak dalam 'mode' pembesar suara dan dia mendengar perbualan telefon mereka.
"Kamu kata Pathmanabhan buat panggilan, kamu kenal ke dia?" soal Saiful Edris.
"Ya saya kenal kerana semasa saya lahirkan anak, Pathmanabhan telah datang ke India untuk melawat saya pada 2007," katanya dalam bahasa Tamil yang kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.
Ketika diminta Saiful Edris untuk melakukan pengecaman, Usharani menunjuk ke arah Pathmanabhan yang duduk di kandang tertuduh. Saksi ke-101 pendakwaan itu memberi keterangan demikian pada perbicaraan kes bekas peguam Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Usharani berkata selepas bertolak ke Malaysia, Muthuraja menghubunginya pada waktu tengah hari, 18 Jan 2010 dan kali terakhir dia menerima panggilan telefon daripada suaminya ialah kira-kira 10 malam pada hari sama (18 Jan 2010).
"Dalam perbualan telefon itu dia (Muthuraja) beritahu dia bersama Pathmanabhan dan suruh saya jaga anak dengan baik serta beritahu akan pulang ke India dalam tempoh dua hari," katanya.
"Ada Muthuraja beritahu siapa jemput dia bila tiba di Malaysia?" soal Saiful Edris dan saksi itu menjawab Pathmanabhan.
"Ada dia (Muthuraja) cakap dia nak menuju ke mana bila sampai Malaysia?" soal Saiful Edris dan Usharani menjawab tidak.
Saksi itu berkata dia cuba menghubungi Muthuraja pada 19 Jan 2010 tetapi panggilan itu masuk ke peti mel suara dan sehingga hari ini dia masih tidak dapat menghubungi suaminya dan tidak tahu di mana Muthuraja berada.
Ditanya mengenai kekerapan suaminya ke Malaysia, Usharani berkata suaminya ke negara ini kira-kira tiga kali dalam setahun dan setiap kali ke Malaysia, Muthuraja akan berjumpa dengan Pathmanabhan.
"Bagaimana kamu tahu?" soal Saiful Edris.
"Kerana sewaktu di Malaysia suami akan menghubungi dari rumah Pathmanabhan. Ibu, isteri dan adik-beradik Pathmanabhan juga pernah bercakap dengan saya," katanya.
Saksi itu seterusnya berkata dia membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di balai polis Banting pada September 2010. Ditanya Saiful Edris mengenai kelewatannya membuat laporan polis, Usharani berkata: "Saya buat laporan polis lewat kerana Pathmanabhan dan adiknya Surendran tidak benarkan saya buat laporan polis dan memberitahu bahawa suami saya telah ditahan atas kesalahan tanah."
"Ada kamu cuba hubungi Pathmanabhan dan Surendran bila gagal hubungi suami?," soal Saiful Edris.
"Ya, saya hubungi Surendran tanya mana suami dan dia jawab tidak tahu. Surendran cakap dia nak pergi ke India," kata Usharani.
Ditanya Saiful Edris, sama ada dia ada menghubungi Pathmanabhan, saksi itu berkata dia cuba menghubungi bekas peguam itu pada 20 Jan 2010 tetapi gagal dan ketika dia bertanyakan mengenainya kepada Surendran, lelaki itu memberitahu Pathmanabhan berada di Kathmandu, Nepal dan memberikan nombor telefonnya di sana.
Usharani berkata dia kemudian berjaya menghubungi Pathmanabhan dan semasa bertanya di mana Muthuraja berada, Pathmanabhan menjawab dia tidak tahu.
"Selepas itu saya kata : 'Awak yang suruh suami datang ke Malaysia, bagaimana cakap tidak tahu?' dan kemudian Pathmanabhan putuskan talian," katanya.
Sementara itu, ketika prosiding soal balas, peguam Manjeet Singh Dhillon mempersoalkan status Usharani sebagai isteri kedua Muthuraja ketika merujuk kepada pasport wanita itu yang tidak tertulis nama Muthuraja sebagai suaminya. Saksi itu juga tidak bersetuju dengan dakwaan Manjeet bahawa dia menipu tentang status perkahwinannya ketika memberi keterangan di mahkamah.
"Awak tahu di India seorang yang beragama Hindu hanya boleh mempunyai seorang isteri," soal Manjeet dan Usharani menjawab tidak setuju.
"Ibu, isteri pertama dan adik-beradik Muthuraja semua tidak mempunyai hubungan yang baik dengan kamu," kata Manjeet dan saksi itu menjawab tidak setuju.
"Awak beragama Hindu dan awak memakai 'pottu' merah di dahi. Wanita yang berkahwin memakai 'pottu' ketika suaminya masih hidup," kata Manjeet dan Usharani menjawab "ya".
"Kamu memakai 'pottu' merah kerana kamu percaya suami kamu masih hidup?" soal Manjeet.
"Saya tidak tahu," jawab wanita itu.
Usharani seterusnya tidak bersetuju dengan cadangan Manjeet bahawa Muthuraja menjalinkan hubungan dengannya disebabkan dia lebih muda serta lebih menarik dan saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Manjeet bahawa Muthuraja meninggalkannya disebabkan wanita lain yang lebih muda dan lebih cantik.
"Adakah anda fikir dia masih mencintai anda?," soal Manjeet dan Usharani menjawab ya.
Perbicaraan yang masuk hari ke-70 di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada Rabu depan. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan