VVIP DENAI CINTA

10 November 2010

INGIN BERKAHWIN? KOS KENDURI TINGGI? 100 PASANGAN AKAN DITAJA PERKAHWINAN OLEH KERAJAAN KELANTAN. Tarikh Tutup 15 November 2010!!!


100 pasangan ditaja untuk melangsungkan perkahwinan. Bayangkan kalau kerajaan negeri Kelantan Darul Naim mendapat HAK ROYALTI MINYAK, agaknya selamba-rock jea Kerajaan Kelantan taja 1,000 pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Kelantan yang sering hadir dengan 'idea-idea segar dan bernas' untuk kebaikan rakyat-negeri-dan negara.
..................................................

KELANTAN TAJA 100 PASANGAN KAHWIN
HARAKAHDAILY
KOTA BHARU, 9 Nov : Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga. "Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.

5 ulasan:

shapoji berkata...

aku nak kawin gok, takpi takdok awek lagi...buleh ko tolong aku???
lol~ bravo kerajan kelantan...

ika~~ berkata...

kerajaan perak bila lagi!!

Rohaifi Azri berkata...

Shapoji : Kalu xdok gewe, gi la cari dulus, payoh jugok tu nok ngejahhh sajes kalo bab pasange idup ni... hahaha.

Rohaifi Azri berkata...

ika : harapnye kerajaan negeri lain pun mengikut apa yang dilaksana kerajaan Kelantan ni.

shapoji berkata...

kerajaan kelate no1 sokmo...

Related Posts with Thumbnails