VVIP DENAI CINTA

01 November 2010

VIRUS SUPERBUG, ANCAMAN BARU?

Jangan Panik Dengan Laporan Mengenai Superbug - Liow
SANDAKAN, 30 Okt : Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan laporan mengenai kes 'superbug' pertama yang dikesan pada seorang wanita berusia 24 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata pesakit tersebut merupakan satu-satunya pembawa bakteria yang kebal kepada hampir semua antibiotik itu, dan dia telah sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital.

"Kami telah mengeluarkan bakteria berkenaan dari tubuhnya dan ia tidak berjangkit kepada pekerja kesihatan atau pesakit lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Karnival Kesihatan di Klinik Desa Karamunting di sini Sabtu.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan.

Berikutan pengesanan kes pertama itu, Liow berkata semua hospital dan klinik telah diarah mematuhi secara ketat, garis panduan dalam pemberian antibiotik kerana bakteria berkenaan kebal terhadap ubat berkenaan dan boleh membiak.

Mula dikesan di India dan Pakistan, superbug dilaporkan telah mengakibatkan kematian seorang lelaki Belgium selain menjangkiti beberapa orang lagi dari Britain, Australia dan Amerika Syarikat yang berkunjung ke kedua-dua negara untuk melakukan pembedahan. Mangsa dari Belgium dilaporkan dijangkiti bakteria itu selepas menerima rawatan sebuah hospital di Pakistan untuk kecederaan di kaki akibat kemalangan kereta.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails