VVIP DENAI CINTA

08 November 2010

SOSILAWATI HAMPIR PUTUS ASA - Tragedi Bot Karam

IBU HAMIL 4 BULAN HAMPIR PUTUS ASA
KEMAMAN [
myMetro] : "Fikiran saya ketika itu kosong. Ada ketikanya saya sudah putus asa dan hanya ingatkan mati namun atas semangat serta dorongan rakan lain, kami bertahan dan akhirnya selamat. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakan yang membantu saya sekeluarga," kata Noraini Sosilawati Saregar Soffian, 30, seorang daripada 16 mangsa sebuah bot yang karam ketika dalam perjalanan ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM), Dungun dari Pulau Tanggol, dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang kelmarin ketika semua mangsa dalam perjalanan pulang ke tanah besar sebelum bot dinaiki mereka dihempas ombak hingga tenggelam selepas mengalami masalah enjin. Noraini yang mengandung empat bulan terapung kira-kira 16 jam bersama anaknya, Mohd Danial Aiman Zulkifli, 4, dan suaminya, Mohd Zulkifli Mat Daud, 33.
BANTUAN... Noraini menerima rawatan awal sebelum dihantar
ke Hospital Daerah Kemaman sebaik tiba di Pengkalan Marin Kemaman.


Selain keluarga itu, 13 lagi mangsa yang turut mengalami pengalaman serupa. Mereka ialah Badrulhisham Shariman, 40; Sany Salman Mohd Kasim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Malik, 33; Loo Kit Choong, 54; Mohd Azharini Mohd Amin, 38; Ayud Haida Sulaiman, 34.SELAMAT... Mohd Zulkifli bersama anak, Mohd Danial
bersyukur terselamat dalam kejadian bot karam
.

Turut terbabit dua doktor, Dr Anis Shafina Mahfuz, 34, dan Dr Noraminah Abdullah, 29; dua wanita yang hanya dikenali sebagai Maria dan Aida, 22 selain jurumudi bot, Zul Fadly Yahya, 29. Kecuali Noraini dan anaknya, semua mangsa yang datang dari Kuala Lumpur itu mempunyai kemahiran menyelam menyebabkan mereka tidak panik.

Selepas terapung-apung di laut selama kira-kira 16 jam, mereka ditemui dalam keadaan lemah oleh bot peronda PA52 Pasukan Gerakan Marin (PGM) kira-kira jam 10 pagi semalam. Turut serta dalam gerakan mencari dan menyelamat ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta beberapa bot milik resort berhampiran sebaik maklumat kehilangan mangsa diterima kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Noraini yang ditemui di Hospital Kemaman, semalam berkata selain memikirkan keselamatan diri dan kandungannya, dia juga cukup risau mengenai keadaan Mohd Danial terutama apabila kanak-kanak itu mula merengek dan meminta makanan.

..........................

KUMPULAN TERAKHIR DIBENAR MASUK PULAU
BERZIKIR BERPEGANGAN TANGAN DALAM BULATAN

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails