"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh"
Budak-budak sekarang naik lemak. Apa taknya, mak bapak sekarang pun jenis mempertahankan anak. Pantang dengar anak kena rotan dek guru, terus kononnya serbu sekolah serang guru, tak pun siap gi buat laporan polis dan pasang peguam dakwa guru tersebut di mahkamah.
Sebab tu la akhlak, moral dan disiplin pelajar sekarang makin punah. Pelajar sekarang bukan setakat kurang ajar, bahkan ada yang sampai boleh bikin hubungan seks dalam kawasan sekolah! Apa sudah jadi dengan sistem pendidikan sekarang? Guru tidak lagi dihormati, dan pelajar pun sudah tidak boleh hatta dijentik oleh gurunya.....???!!!
Zaman kita belajar dulu, rasanya berani tak nak bagitau ayah kalau guru rotan di dalam kelas? kalau bagitau, jawabnya dapat extra rotan la dari ayah...!!! Orang zaman millenium ni lain pulak perangainya, bila anak kena rotan, bila anak kena piat telinga, maka gurulah yang menjadi mangsa serangan serta sumpah seranah...! Sistem pendidikan Malaysia perlu diperbetulkan. Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan pelajar kita di landasan akhlak yang betul dan guru kembali dihormati.
GURU TAK ADA KUASA BENTUK DISIPLIN PELAJAR
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Disiplin pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian Pelajaran. Ahli Parlimen Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) berkata, guru tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menghukum pelajar walapun mereka melakukan kesalahan.
"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh," katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, peraturan melarang guru bertindak sedemikian ini dikemukakan oleh kementerian. Sepatutnya, kata Firdaus, kementerian perlu mendapat pandangan daripada guru-guru bagaimana tindakan yang perlu dilakukan untuk mengawal disiplin pelajar. "Apa pendekatan baru untuk mengawal disiplin pelajar? Bukannya terus mengeluarkan peraturan itu, akhirnya guru tidak mampu membentuk disiplin anak-anak," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengakui disiplin pelajar merosot ekoran kerajaan menukar Kementerian Pendidikan kepada Pelajaran. "Dahulu kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan oleh kerana dasar BN ubah jadi Kementerian Pelajaran, akhirnya guru dihadkan mengajar sahajalah," katanya. Perbezaan ini menyebabkan dasar itu berubah jadi guru-guru bukan mendidik tetapi guru-guru mengajar. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan