Sebagai rakyat Kelantan Darul Naim, aku hanya mampu tersenyum membaca kenyataan dari PM (Pak Mongol) Datuk Seri Najib yang MEMBERI JAMINAN untuk menyelesaikan masalah air sekiranya BN 'berkuasa' di Kelantan. Jib, usah cakap berdegar-degar... Pi balik Pahang (negeri dikuasai BN sejak merdeka), pi tengok dan jenguk Rompin, Jengka dan kawasan Pekan. Selesaikan dulu masalah air di negeri sendiri dan jangan dok menyibuk dengan negeri orang. Negeri sendiri belum selesai masalah air, ada hati nak kondem negeri orang... puiii~
Najib Beri Jaminan Masalah Air Selesai Jika BN Berkuasa Di Kelantan
KOTA BAHARU, 5 Ogos : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah
air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada
Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga
membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada PAS untuk
memerintah sejak 1990. "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh
diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh
diselesaikan oleh kerajaan BN. Semasa di lapangan terbang, saya telah menerima memorandum minta
diselesaikan masalah air ini. Susah kalau tidak ada air, terutama pada
waktu tertentu," katanya ketika berucap pada Solat Tarawih Perdana dan
Amanat Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan malam Ahad. Lebih 10,000 penduduk pelbagai kaum hadir pada majlis itu.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin
dan penyelaras Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa. Najib juga berkata kerajaan ingin melihat Kelantan maju dalam
pelaksanaan transformasi negara, yang hasilnya dapat dinikmati rakyat.
"Di Kelantan, ramai umat Islam dan ramai bangsa Melayu yang perlu
menjadi platform utama dalam usaha kita melakukan transformasi itu,"
katanya. Sebelum ini, beliau berkata kerajaan tidak pernah memilih bulu dalam
membantu rakyat dan buktinya, ramai penyokong pembangkang turut
menikmati pemberian itu.
"Kita komited bantu rakyat. Ini semua hasil kemakmuran negara, dan kita
mahu dikenali sebagai negara Islam yang berjaya," katanya. Najib berkata apa yang kerajaan pusat lakukan semuanya berlandaskan syariat Islam dan sunnah.
"Kita mahu kemajuan, dan mahu Islam itu menjadi contoh, dan mahu tunjukkan kepada dunia," katanya. Najib kemudian menyertai rakyat pada majlis makan colek sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan