VVIP DENAI CINTA

06 Februari 2011

IBUKU BOMOH TAK ORI

Metro 06 Februari 2011 (Gambar : Sekadar Hiasan)
Anda Musykil Dr. Mashitah Jawab
IBU TIPU JADI BOMOH UNTUK CARI REZEKI
SOALAN :
Ibu saya menipu sebagai bomoh. Sebagai anak, saya pernah menasihatinya supaya bertaubat dan berhenti menipu orang, malangnya saya pula dikata anak derhaka. Sejak itu kami adik-beradik tidak berani menasihatinya kerana bimbang akan mengeruhkan hubungan.

Kegiatan ibu bermula 30 tahun lalu dan ia semakin teruk. Saya tahu ibu mempunyai wang simpanan yang banyak hasil kegiatannya tetapi sering berkelakuan seperti kais pagi makan pagi dan selalu mengharapkan duit daripada anak. Selain itu ibu suka melaga-lagakan kami adik-beradik hinggalah kami tidak sehaluan. || Faizah, Seremban, Negeri 9 ||

JAWAPAN dari Dr. Mashitah : Jelas sekali hasil pendapatan daripada menipu menjadi bomoh tidak berkat kerana walaupun hasil diperoleh lumayan, ia tidak pernah cukup. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Rezeki yang sedikit tetapi berkat lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi melalaikan."

Memang sukar mengubah manusia, apalagi jika individu itu ibu sendiri. Tidak ramai mempunyai kewibaan untuk menegur orang lain. Ikutilah nasihat Nabi Muhammad SAW apabila berdepan perkara mungkar : "Barangsiapa melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan jika mampu, atau dengan mulut jika mampu atau dengan hati walaupun itu adalah selemah-lemah iman."

AKU PUN NAK JAWAB JUGAK : Agak musykil juga dengan apa yang diperkatakan oleh sang anak. 30 tahun ibunya berkecimpung dalam dunia perbomohan, takkan dalam tempoh sedemikian panjang tiada pihak yang perasan dengan penipuan yang dibuat? Apa kriteria yang diguna-pakai untuk menentukan seseorang bomoh itu benar atau bomoh palsu? ;)

Dan kenyataan si anak bahawa ibunya mengharapkan duit si anak, apakah pelik ibu mengharapkan duit dari si anak? Entah-entah anak-anak tu kedekut, maka terpaksa si ibu berlakon seperti tak berduit!!!

Jika benarlah si ibu ini benar-benar bomoh palsu. Dan jika tidak termampu menasihatinya sendiri, maka adukanlah permasalahan ini kepada orang tengah. Sama ada adik-beradik ibu, atau datuk nenek (sekiranya masih ada), carilah orang tengah yang boleh berbicara dan menasihatinya. Tak pun mintak je tolong Ketua Polis Daerah nasihatkan ibu yang berperangai sebegini!!!

Atau tempah banner dan gantung seluruh kampung, tulis kat banner tu (contoh ayat) : MAK LIMAH BOMOH PENIPU, SELAMATKAN DIRI DAN KETURUNAN ANDA DARI MENJADI MANGSA PENIPUANNYA!!! - lebih afdal dicetak gambarnya sekali pada banner tersebut. (Upah budak-budak untuk gantung banner satu kampung! konpem ibu yang berbohong tu akan insaf dan terpaksa pula dibawa berjumpa bomoh lain coz tersampuk dek penangan jin banner)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails