VVIP DENAI CINTA

03 April 2010

'ASTRO HENTI PROGRAM 3 HARI' SEBAGAI TANDA MENGHORMATI PEMERGIAN ALLAHYARHAM MIOR (DIN BERAMBOI)

KUALA LUMPUR : Astro menghentikan sementara siaran program menampilkan Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, selama tiga hari berturut-turut mulai semalam sebagai menghormati permintaan keluarganya.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah, berkata slot itu digantikan dengan kapsul khas bagi mengenang pembabitan Din dalam bidang seni.
Kematian Din satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air kerana kepelbagaian bakat dimilikinya, katanya ketika ditemui selepas pengebumian Din di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong di sini, pagi semalam.

Puan Suhaini Che Man, isteri Allahyarham, memangku anak bongsunya Nirain, 6, mengesat airmata ketika majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Taman Esan, Kepong, pagi semalam.

Allahyarham selamat dikebumikan jam 10.30 pagi selepas dimandi dan dikafan di rumah ibu mentuanya sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Fai Izin Desa Jaya, Taman Ehsan. Adik ipar Allahyarham, Shariffuddin Che Man, berkata laporan perubatan mengesahkan kematian abang iparnya berpunca daripada Sindrom Denggi Mengejut (DSS) yang menyebabkan kegagalan organ dalaman berfungsi.

Kematian Din bukan disebabkan kencing tikus, tetapi akibat DSS. Pasukan perubatan sedaya upaya memulihkannya, namun arwah tidak menunjukkan apa-apa perkembangan positif hingga ke akhir hayatnya.
- BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails