VVIP DENAI CINTA

26 April 2010

SUKANEKA : URUT SAMBIL LARI BERBOGEL

Tajuk di atas 90% kurang tepat dengan artikel / berita yang diperkatakan ini. Ia bukanlah sukaneka yang wajar disertai oleh insan-insan yang waras dan bermoral serta beriman. Inilah permasalahan sosial yang bagai tiada kesudahan. Seks bebas, pelacuran, gay, maknyah, GRO... Bagaikan tiada noktahnya permasalahan-permasalahan ini.

SUDAH PUPUSKAH GOLONGAN CERDIK PANDAI DI DALAM PENTADBIRAN NEGARA KITA KHUSUSNYA BERKAITAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN SEHINGGAKAN PERKARA INI DILIHAT TERUS BERLARUTAN!!!

APAKAH HANYA TINGGAL SI BINGAI, SI BAHLOL, SI BEBAL DALAM MERANGKA SETIAP UNDANG-UNDANG...? Maaflah kalau kata-kata itu dilihat keras! Namun itulah realitinya. Hari ini buat penguatkuasaan, buat tangkapan, minggu depan atau bulan depan malaun-malaun ini beroperasi semula! Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam usaha mencegah perkara ini berlaku hinggakan ia sering berulang.

Tukang urut dan seorang pelanggan yang ditahan
kerana melakukan aksi 'tak tahan'...

TUKANG URUT LARI BOGEL

KLANG : Memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.

Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

Harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu. Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

Sumber : Harian Metro

2 ulasan:

cengkerangcipot berkata...

ayat2 kat ats tu agak kesar tu..
hati2..
hihihi..

tp sbenarnye mmg setuju pn ngn ayt tu..
mcm la ssh sgt nk kuatkuasakan sesuatu undang2 yg disertai dgn pemantauan yang tinggi serta nilai hukuman jika disabitkn kesalahan juge tinggi..
adushhh2

Rohaifi Azri berkata...

bkn ape bro... undang2 skrg ni macam main 'cak cak', main 'sorok-sorok' antara penguatkuasa dan si pesalah tu...

kalau buat undang2 lebih ketat dengan hukuman yg berat, tentu lepas ni tugas penguatkuasa pun makin senang coz org dah takut nak lakukan jenayah...

aku rase masalah paling besar yg dihadapi oleh penguatkuasa untuk membanteras perlakuan jenayah & maksiat ni adalah RASUAH!!! ada yg xjujur dan amanah; makan RASUAH... tu yg jenayah xpernahnye nak surut2...

Related Posts with Thumbnails