Assalamualikum, Salam petang Khamis nan permai...
Buat warga Pahang Darul Makmur dan juga kepada warga Malaysia yang cintakan tanah air. Bersama kita turun dalam HIMPUNAN HIJAU 2.0 yang bakal dilangsungkan pada 26 Februari 2012 ini dan menuntut agar operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dihentikan. Rakyat harus menghantar mesej jelas kepada KERAjaan melalui himpunan yang bakal diadakan di Padang MPK1 (di hadapan Masjid Negeri), bahawa kami rakyat Malaysia mahu Lynas menutup kilang yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk Kuantan!!!
Terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana memberi lampu HIJAU untuk himpunan ini diadakan dan terima kasih juga kepada Menteri Besar Pahang kerana turut tidak menghalang hasrat murni rakyat Malaysia untuk turun berhimpun secara aman.
KERAJAAN TAK GENTAR DENGAN HIMPUNAN HIJAU 2.0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan kelulusan tersirat berhubung perhimpunan besar-besaran rakyat yang membantah tindakan kerajaan membenarkan Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) membina pusat memproses nadir bumi di Gebeng pada 26 Februari ini.
Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dijadualkan di di Kuantan, Najib berkata : "Mengapa kita harus bertindak terhadap perhimpunan itu? Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, Najib berkata di bawah Akta Perhimpunan yang baru diluluskan kerajaan, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. "Jika mereka mematuhi undang-undang, kenapa kita perlu untuk bertindak terhadap mereka?" soalnya lagi.
Menurut Najib, BN juga mampu menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada apa yang dirancang oleh penganjur anti-Lynas itu. Perhimpunan, yang dikenali sebagai Himpunan Hijau 2.0 itu adalah anjuran penduduk sekitar Kuantan dan dijangka menjadi bantahan terbesar yang pernah disaksikan di Pantai Timur.
Dengan pengesahan beberapa pemimpin kanan Pakatan untuk turun padang bagi meluahkan sokongan mereka, perhimpunan Ahad depan itu dijangka panas. PAS Pahang juga telah mengarahkan semua ahli-ahlinya untuk hadir. - MALAYSIAKINI
HENTIKAN LYNAS BUKAN SEKADAR BENAR HIMPUNAN
KUALA LUMPUR, 16 Februari : Kerajaan bukan hanya perlu membenarkan Himpunan Hijau 2.0, 26 Februari ini namun harus mendengar suara rakyat yang mahu operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dihentikan. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohammad Omar berkata, di samping kebenaran berhimpun, perkara yang dituntut jauh lebih besar iaitu mahu Lynas menutup kilang yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk Kuantan.
"Sudah sampai masanya suara rakyat Kuantan didengar dan kita mahu Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang bukan sekadar benarkan kita berhimpun tapi apa yang lebih penting, bertindak menghentikan projek itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Penasihat Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Adnan Yaakob yang tidak menghalang himpunan tersebut. Sambil menyambut baik kenyataan itu, Zulkefly berkata, PAS dan rakyat Kuantan menuntut komitmen kerajaan untuk menjamin keselamatan penduduk.
"Lagi baik kalau kerajaan hentikan projek itu sekarang, jadi rakyat tak payah susah-susah nak berhimpun. Mereka tak payah nak perli kita, seolah-olah cakap, buatlah himpunan besar-besaran tapi kerajaan akan tetap teruskan projek ini," katanya.
Himpunan Hijau 2.0 yang disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan sokongan Pakatan Rakyat itu dijadualkan akan berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bermula jam 9.30 pagi.
Semalam, Najib berkata kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap peserta himpunan kerana rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Adnan pula dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berkata, Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut peserta dengan tangan terbuka kerana ia dianggap pelancongan dan akan menambahkan sumber pendapatan peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini.
Justeru, Zulkefly menyeru rakyat bukan sahaja penduduk Kuantan untuk turun ke perhimpunan tersebut tanpa rasa takut. "PAS menyeru rakyat di seluruh negara turun menyatakan solidariti terhadap penduduk Kuantan yang diancam bahaya," katanya. - HARAKAHDAILY
"TERIMA KASIH MB, TAK HALANG HIMPUNAN HIJAU 2.0"
KUANTAN, 15 Februari : Pengerusi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan mahu ia direalisasikan. Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini 26 Februari ini bermula jam 10 pagi.
"Terima kasih Datuk Nan (Adnan) kerana memberikan kebenaran himpunan yang dirancang itu dan kita harap pengakuan tersebut dikotakan. Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang," katanya.
Himpunan Hijau 2.0 yang terdiri daripada beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang kelulusan operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, sebelum ini merancang perhimpunan 20,000 orang yang mahu menyatakan bantahan.
Adnan pula dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar, berkata Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut mereka (peserta) dengan tangan terbuka kerana ia dianggap pelancongan dan akan menambahkan sumber pendapatan peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini.
"Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga. Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut," katanya sebagaimana disiarkan media.
Adnan mengakui negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai. "Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai. Mungkin selepas ini, ada pula tunjuk perasaan iaitu 40,000 yang membantah dan melawan balik mereka (Himpunan Hijau), jadi ia sekali gus meningkatkan lagi pendapatan peniaga," katanya.
Adnan menegaskan ia tidak memerli usaha Himpunan Hijau dan ketika ditanya jika penjawat awam boleh menyertainya, ia bergantung pada kebenaran ketua jabatan masing-masing. "Malah saya pun nak sertainya dan boleh berjumpa dengan mereka semua," katanya yang juga mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan secara bersiri seperti Bersih.
Sementara itu, Nasrun, berkata program sehingga jam 12 tengahari pada hari tersebut akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, baca doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak.
Difahamkan, ketika ini Himpunan Hijau sedang menunggu kelulusan permit berhimpun daripada polis dan MPK. - HARAKAHDAILY

26 Februari 2012, ayuh warga Kuantan!!!
STOP LYNAS!!! SAVE MALAYSIA!!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan