VVIP DENAI CINTA

25 Februari 2012

Wajib Baca Sekiranya Anda Ingin Hadiri HIMPUNAN HIJAU 2.0

Ada yang akan turun HIMPUNAN HIJAU 2.0 di Padang MPK 4 esok (24 Februari 2012)? Persiapkan diri sebelum turun ke medan, baca ini dahulu :

Soalan Lazim Ditanya (FAQ)

1. Apakah matlamat kami? Kita akan bertemu di padang MPK 4 untuk menunjukkan bahawa 20,000 orang rakyat Malaysia berganding bahu mempertahankan tanah air kami daripada "penjajahan toksik" syarikat asing. Sesiapa yang tidak ingin memandu ke tapak padang MPK4 boleh meletakkan kenderaan di pusat bandar dan berjalan ke sana. Ini akan mengambil masa kira-kira 20-30 minit.

2. Apakah pendirian pihak polis dalam himpunan ini? Dalam penawaran padang MPK4 sebagai tapak himpunan alternatif, Petua Polis Pahang (CPO) telah berjanji kepada Himpunan Hijau 2.0 bahawa pihak polis tidak akan menghalang orang ramai daripada menghadirkan diri ke himpunan ini dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak akan menarik balik permit kami. Seandainya salah satu daripada syarat ini tidak dipatuhi, kita akan bertemu di padang MPK1 (sedang menjalani projek 'naik taraf' yang mencurigakan, yang bermula tiga hari sebelum perhimpunan kami) berhampiran Jalan Mahkota.

3. Apakah peluang kita ditembak gas pemedih mata dan meriam air? Hampir tidak mungkin. Tidak ada tanda-tanda bahawa Kerajaan Barisan Nasional atau pihak polis ingin mencetuskan satu lagi bencana Pakatan Rakyat (PR).

4. Adakan sekatan jalan raya akan dijalani? CPO memberitahu bahawa pihak polis hanya akan tunjukkan laluan ke padang MPK4 hari itu. Anda hanya perlu memberitahu mereka bahawa anda ingin menghadiri Himpunan Hijau 2.0

5. Seandainya kami membawa bersama anak-anak kita, adakah kita akan dihalang daripada memasuki tapak perhimpunan? Pihak polis telah membantah kehadiran kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah, merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman. Namun, ini bukan antara syarat-syarat yang dipersetujui Himpunan Hijau 2.0. Maka besar kemungkinan pihak polis tidak akan menimbulkan kekecohan mengenai isu ini.

Jika mereka berbuat demikian, ia akan menjadi pendirian anda sebagai ibu bapa untuk mematuhi atau menentang perintah Polis. Walau bagaimanapun, sila ingat bahawa setiap warganegara Malaysia tanpa mengira umurnya mempunyai kebebasan untuk bergerak (Artikel 9) dan kebebasan berhimpun secara aman (Artikel 10 (1) (b)) di bawah Perlembagaan Persekutuan. Adakah anda memohon permit untuk membawa anak-anak bersama ketika pergi membeli-belah?

6. Apa yang patut kita lakukan jika kita enggan berpatah balik? Kita mesti sopan, sabar tetapi tegas ketika berurusan dengan pihak polis, yang juga sebahagian daripada mangsa Lynas. Menawarkan air kepada mereka seandainya mereka kelihatan haus. Kita mesti menunjukkan kepada pihak polis bahawa kita bukan sahaja berjuang untuk keluarga kita sendiri, tetapi kami turut memperjuangkan kepentingan mereka.

Kita mesti menjelaskan kepada mereka kesan-kesan sekiranya kita membenarkan Australia untuk mengeksport bahan toksik Nadir Bumi ke Malaysia. Jika boleh, tunjukkan beberapa gambar mangsa Bukit Merah kepada mereka. Menjemput mereka untuk berfikir sama ada gaji mereka mampu untuk menampung rawatan leukemia atau menjaga kehidupan sepanjang hayat kanak-kanak yang lahir dengan kecacatan. Mengingatkan mereka tentang perjuangan Mat Kilau dan Dato 'Bahaman dalam menentang penjajahan barat walaupun selepas negara kita dijajah.

Tunjukkan kepada mereka klip-klip video tentang berita di mana Najib dan Adnan juga menegaskan hak kita untuk memprotes. Kita mesti beritahu mereka sekatan jalan raya dan pemasangan pagar harus dibuat di Pelabuhan Kuantan untuk menyekat kemasukan bahan-bahan toksik tetapi bukan di sini untuk menyekat rakyat sendiri.

Sila memaklumkan kepada penganjur Himpunan Hijau 2.0 dengan segera sekiranya terdapat sebarang perselisihan atau pertelingkahan dengan pihak polis. Yang pasti, anda bukan bersendirian. Jika gangguan itu tidak berhenti, perhimpunan kami akan diadakan di padang MPK1 di pusat bandar.

Selain itu, sila mengambil gambar dan merakam sepanjang berinteraksi dengan pihak polis dan memuat naik di Facebook, Youtube, Twitter dan media sosial yang lain.

7. Bagaimanakah jika pihak polis menangkap kami atau mengancam untuk berbuat demikian? Peluang mereka untuk berbuat demikian adalah amat rendah. Walau bagaimanapun, jika mereka berbuat demikian, anda harus mematuhi nasihat-nasihat berikut. Pada setiap masa, sila bersopan santun, sabar tetapi tegas apabila berurusan dengan pihak polis. Jangan mencetuskan atau menaniaya polis, yang kebanyakannya sebenarnya bersimpati dengan perjuangan kita. Sila membuat panggilan atau menghantar sms dengan nama dan nombor kad pengenalan dan memberitahu bahawa anda telah ditahan ke nombor BANTUAN GUAMAN ini : 016 987 3456

Pertama sekati, tanya anggota polis itu : "Adakah saya ditahan?" Jangan lupa untuk mengambil nama atau nombor anggota polis itu. Kemudian, jangan pergi ke mana-mana - anda boleh menyanyi lagu Negaraku - dan menawarkan diri untuk ditangkap. Jangan melawan. Jangan lari.

Kehilangan kebebasan untuk beberapa jam amat rendah nilainya berbanding dengan usaha untuk menyelamatkan orang tersayang dan seluruh negara daripada bencana alam sekitar. Imbas kembali peristiwa tsunami Tokyo tahun lepas - jika mangsa tahu tentang tahap merbahaya loji nuklear, bukankah mereka juga akan turut membantah dan ditangkap daripada memilih untuk duduk di sana tanpa melakukan apa-apa?

Jika pihak polis hanya menangkap beberapa orang sahaja, sila mempertimbangkan untuk menawarkan diri untuk ditangkap. Polis percaya bahawa kita takut ditangkap. Dengan menawarkan diri untuk ditangkap, terutamanya segolongan besar orang ramai berbuat demikian, kita dapat mematahkan semangat mereka dengan senang. Berapa ramai orang yang mereka mampu tangkap?

Walau bagaimanapun, sila meminta kawan-kawan atau orang berdekatan untuk mengambil gambar dan merakam video serta memuat naik dengan serta-merta di laman Facebook dan tempat yang lain. Setiap kejadian dan usaha mempertahankan hak kita akan menjadi galakkan kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama dan semangat ini akan merebak. Lebih ramai orang akan terasa dan keluar untuk menyertai bantahan kami.

8. Bukankan misi kita gagal jika ramai di antara kita telah ditangkap? Himpunan Hijau 2.0 memang berkeinginan untuk mengelakkan sebarang penangkapan. Seperti yang dibincangkan tadi, peluang penangkapan adalah amat rendah.

Namun, jika tangkapan berlaku, ini bukan tanda kegagalan. Dalam perhimpunan Bersih 2.0, 1667 orang telah ditangkap. Tiada seorang pun daripada mereka yang didakwa. Sebaliknya, kebanyakan mereka telah menjamu selera dengan Nasi Biryani. Jika kita berjaya memaksa polis untuk memecah rekod tangkapan, jika meningkat kepada 2000 orang, ini akan menjadi satu berita hangat bagi media antarabangsa. Al-Jazeera, BBC, CNN dan ABC (Australia) akan melaporkan bahawa "2000 rakyat Malaysia ditangkap ketika membantah industri toksik dari Australia".

Ia akan menjadi publisiti yang lebih berkesan berbanding dengan BERSIH 2.0. Anda akan membayangkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia, dalam dan di luar negara untuk mengadakan himpunan pada hujung minggu seterusnya untuk menunjukkan bantahan. Najib akan dipaksa memberi penjelasan dan pendirian dalam isu pembinaan kilang Lynas sebelum pilihan raya umum akan datang, sama seperti tindakannya berhadapan dengan tuntutan BERSIH 2.0.

Kami hanya gagal jika perhimpunan tersebut berhenti tetapi tiada sesiapa yang ditangkap. Jika perhimpunan itu diberhentikan tetapi 3000 orang yang ditangkap, ia akan menjadi satu kejayaan yang lebih besar berbanding dengan perhimpunan yang menglibatkan 30,000 orang. Jadi, jika tangkapan bermula, target kita adalah mengisi semua lokap di Kuantan dan seluruh Pahang.

Sekali lagi, tangkapan polis nampaknya tidak akan berlaku. Pada setiap masa, sila bersopan santun tetapi tegas apabila berurusan dengan pihak polis. Tidak mencetuskan atau menganiaya anggota polis, yang kebanyakannya bersimpati dengan perjuangan kita.

9. Apa perlu saya lakukan jika saya telah ditangkap? Pertama sekali, umumkan di Facebook atau Twitter tentang penangkapan anda atau mendapatkan orang lain untuk melakukannya untuk anda. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia seperti Suaram akan memperolehi butiran anda. Ini adalah perlindungan kepada anda yang pertama. Jadi, anda pasti akan selamat. Anda juga boleh membuat panggilan atau menghantar sms dengan nama dan nombor kad pengenalan dan memberitahu bahawa anda telah ditahan ke nombor BANTUAN GUAMAN ini : 016 987 3456

Di balai polis, anda hanya perlu memberi maklumat asas seperti nama dan alamat kepada pihak polis. Jika mereka bertanya banyak soalan, katakan ini kepada polis : "Saya menggunakan hak saya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah untuk berdiam diri." Ini bermakna anda hanya akan menjawab sebarang soalan yang lain di mahkamah sahaja. Dengan ini pihak polis akan tahu bahawa anda tahu tentang hak anda dan anda mendapat lapisan perlindungan yang kedua.

Biasanya, pihak polis tidak akan merampas telefon bimbit atau kamera anda dalam tahanan secara beramai-ramai. Kehilangan sebarang harta milikan anda boleh menjadi isu yang merosakkan imej mereka. Jadi, gunakan alat komunikasi anda untuk melindungi diri anda atau kawan anda jika anda dizalimi atau mereka menyalahguna kuasa. Sentiasa bertindak dengan cara yang sopan, sabar tetapi tegas. Jika anda hilang kesabaran, anda akan kehilangan benteng moral anda. Ini adalah lapisan perlindungan yang ketiga.

Terdapat beberapa orang peguam yang berdiri di sana untuk memerhati. Mereka akan datang dan menjadi peguam wakilan anda secepat mungkin. Suhakam juga akan menghantar 14 orang peguam untuk memerhati.

Penangkapan tidak akan meninggalkan sebarang rekod jenayah. Majikan anda tidak boleh menggunakan isu ini untuk mengambil tindakan terhadap anda. Jika mereka berbuat demikian, anda boleh menghadapkan mereka ke mahkamah dan terdapat peguam yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepada anda secara pro-bono (sukarela dan tidak mengenakan bayaran).

Jika anda membawa kanak-kanak dengan anda, jangan risau. Di balai polis, kanak-kanak biasanya dilayan dengan bersopan. Jika polis membuat penangkapan secara besar-besaran, makanan akan disediakan. Jika anda seorang vegetarian atau alahan terhadap sebarang makanan, sila meminta untuk mendapat menu khas. Biasanya, Nasi Beryani akan dihidang. Jika anda mengalami keracunan makanan, anda berhak untuk dimasukkan ke hospital.

Jadi, jangan panik jika anda ditangkap. Anda harus berasa bangga dan gembira, dan tidak perlu merasa risau dan gelisah.

10. Apakah nasihat yang terakhir? Kami sedang memperjuangan pertempuran kami di medan media yang baru. Setakat yang mampu, setiap dewasa harus mempunyai sekurang-kurangnya telefon yang berkamera atau tablet.

Jika anda mempunyai kamera yang lebih, berikan mereka kepada anak-anak anda. Maka, apabila 20,000 orang yang menghadirkan diri, kami membawa bersama 20,000 kamera dan alat rakaman.

Sila pastikan bahawa bateri alat-alat komunikasi dan kamera anda telah penuh dicas. Setakat yang mungkin, sediakan sekurang-kurangnya sebuah "Smart Phone" atau tablet dalam setiap kereta atau setiap kumpulan kecil. Orang itu bertanggungjawab untuk melaporkan kepada seluruh dunia apa yang telah berlaku. Ingat, apa yang berlaku akan menjadi tumpuan seluruh dunia. Jika kita menunjukkan semangat kegigihan dan berani, Lynas telah hilang separuh daripada medan pertempurannya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails