Mengapa ada yang 'pandir' gi gantung atung bawah kereta? Tak cukup gantung kat cermin (dalam kereta) dibantainya pula gantung bawah kereta. Mula-mula tengok, aku 'bersangka-baik' dengan mengatakan tentu pemilik kereta tu mengamalkan VOODOO agar orang yang dipedajaikannya tu merasa pening-pening lalat terhoyong-hayang macam patung yang digantungnya tu.
Rupa-rupanya, amalan menggantung patung ni memang ada dalam kepercayaan masyarakat bukan Islam di negara jiran kita. Melalui perkongsian di internet, maka aku terjumpa dengan persoalan dan jawapan mengapa ada yang menggantung patung di bawah kereta mereka.
Orang kita (terutamanya melayu) memang sejak dari zaman berzaman suka copy-paste apa yang dibikin oleh bangsa lain. Bahkan dalam soal perkahwinan, banyak adat yang kita tiru dari budaya serta adat agama lain.
Dalam kes menggantung patung ni, meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar (kemalangan) tidak menganggu kereta mereka.
Firman Allah, mafhumnya : "Maka barangsiapa mengikuti petunjuk-KU maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepada-KU maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud : "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka." (Riwayat Abu Daud). Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.
SUMBER: Hamba Allah [Sebarkan demi kebaikan bersama]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan