VVIP DENAI CINTA

16 Februari 2012

Mak Nyah Kuantan Dalam Ketakutan - ANU DALAM ANCAMAN

Sekumpulan lelaki menyerang golongan transeksual? Siapakah agaknya kumpulan lelaki bermotorsikal yang bertindak nekad membelasah golongan transeksual atau maknyah ini? Apakah tindakan menggunakan hukum rimba yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki ini lantaran dek rasa hampa mereka dengan pihak berkuasa yang langsung tidak berusaha menghapuskan 'industri lendir' di lorong-lorong 'kunyit' sekitar Kuantan...?

Apa tindakan pihak berkuasa untuk menghapuskan pelacuran dan persundalan di kalangan wanita dan maknyah di ibu negeri Pahang ini? Apakah mereka buta dan tidak nampak atau buat-buat tak nampak gelaja pelendiran yang tidak pernah berkesudahan ini?

Diharap pihak berkuasa tampil membanteras aktiviti maksiat ini dari berterusan membarah, dan bukannya kalian bertindak untuk mempertahankan aktiviti haramjadah ini...!!! Dan kepada sekumpulan lelaki ganas yang memukul maknyah-maknyah ini, selamat maju jaya... Aku tak sokong korang gunakan hukum rimba, tapi kalau dah itu pilihan korang, maka pandai-pandai koranglah...!!! :-D

Mona menerima 18 jahitan selepas lehernya dikelar

Golongan Transeksual Di Kuantan Kini Hidup Dalam Ketakutan
KUANTAN : Golongan transeksual di sini kini hidup dalam ketakutan selepas mereka sering menjadi sasaran satu kumpulan yang ingin mencederakan mereka, demikian lapor akhbar The Star. Menurut akhbar tersebut, sekurang-kurangnya 13 orang dari kalangan transeksual telah menjadi mangsa serangan dalam tempoh enam bulan ini.

Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, 24, ketika ditemui wartawan The Star memberitahu, dia telah dikelar di bahagian leher ketika sedang melalui Jalan Haji Abdul Aziz di sini pada 1 September lalu. Akibat daripada kejadian itu, dia terpaksa menerima 18 jahitan di lehernya.

Dalam insiden terbaru semalam, sekumpulan lelaki telah membelasah dua orang transeksual di jalan yang sama. Perkara ini diceritakan oleh seorang mangsa bernama Rozi berusia 27 tahun. Menurut Rozi, enam orang lelaki yang menunggang motosikal telah mengepung mereka dan tiga daripadanya menggunakan rantai besi, batang besi dan juga helmet untuk membelasah mereka.

"Mereka membelasah saya tanpa henti sehingga saya rebah dan selepas itu pun mereka terus membelasah saya," kata Rozi sambil menitiskan air mata. Insiden itu katanya berlaku pada lebih kurang jam 3.30 pagi. Kawannya yang bernama Sasha, 29, meluru untuk membantu tetapi turut menjadi mangsa pukulan mereka.

Kata Rozi kumpulan lelaki yang membelasah mereka tidak merompak sebaliknya hanya membelasah mereka sehingga lembik. Rozi menerima lima jahitan di belakang kepalanya akibat kejadian itu.

Selain itu beberapa kejadian menyerang transeksual turut dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Ubi, Jalan Pasar dan Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini. Enam laporan polis telah dibuat setakat ini berhubung kesemua insiden berkenaan. Golongan transeksual di sini percaya penyerang mereka adalah terdiri daripada golongan yang sama. Kini mereka berasa sangat takut untuk keluar rumah ekoran kejadian ini semua.

Sumber : mStar Online

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails