VVIP DENAI CINTA

22 September 2011

PDRM Tak Akan Mohon Maaf Kepada Keluarga Aminulrasyid

Takpelah bro. Yang mati ditembak tu bukan anak kau. Yang dituduh sebagai penjenayah tu bukan anak kau. Tapi andai ditakdirkan anak cucu cicit kau kelak ditimpa kejadian sebegini, jangan pulak kau melolong menangis!!!!! Sukar sangatkah kau untuk mengungkapkan maaf, sedangkan MAHKAMAH menjatuhkan hukum bersalah terhadap anak buah kau yang menyebabkan kematian arwah.....!!! EGO dan hiduplah kau dengan keegoan kau!!! Tuihhhh!!!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata beliau bersimpati dengan keluarga remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh seorang anggota polis, Beliau bagaimanapun tidak menawarkan permohonan maaf yang dituntut oleh keluarga itu.

"Kita bertindak mengikut undang-undang. Saya tidak boleh emosi tentang itu... bukan kita tidak bersimpati, nyawa telah hilang, sudah tentu kita bersimpati tetapi kita sebuah badan profesional dan saya bertindak mengikut undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Cheras hari ini.

Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada polis akan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid berikutan keputusan mahkamah Khamis lalu yang memutuskan Koperal Jenain Subi bersalah kerana menyebabkan kematian remaja itu.
Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun tetapi telah memfailkan rayuan.

Keluarga Aminulrasyid tetap kecewa kerana ketua polis Selangor, ketika itu, Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah melabelkan remaja itu sebagai penjenayah sebaik selepas kejadian itu. Beliau juga dilaporkan mendakwa Aminulrasyid cuba merempuh sekatan polis yang menyebabkan terpaksa melepaskan tembakan sebagai usaha mempertahankan diri.

Khalid, kini adalah timbalan ketua polis negara. Beliau juga enggan memohon maaf kepada keluarga itu berhubung kenyataannya. Sebaliknya, kata Khalid, keluarga Aminulrasyid yang sepatutnya meminta maaf kerana remaja itu membahayakan banyak nyawa dengan memandu secara melulu dan tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti.

Ibu kanak-kanak itu, Norsiah Mohamad, seorang balu, berkeras mengatakan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan menuntut bahawa nama anaknya itu dibersihkan. Aminulrasyid dibunuh pada 26 April tahun lalu selepas Jenain melepaskan 21 peluru dari senapang sub-mesin ke arah remaja itu. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails