Dasar Salah Laku Zina Masih Kabur : Pakar LPPKN
KUALA LUMPUR, 16 Dis : Penguatkuasaan dasar yang jelas adalah perlu bagi membendung salah laku seksual dan penzinaan yang kian meruncing dalam kalangan remaja, kata Ketua Sub Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan.
"Kita memang mempunyai beberapa polisi atau dasar tetapi ianya masih kabur dan samar-samar, malah tidak ada satupun yang menekankan tentang isu salah laku seksual atau penzinaan," katanya kepada Bernama pada Muzakarah Pakar Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di sini. Hamizah berkata dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberikan perhatian kepada penzinaan dan salah laku seksual.
"Remaja hari ini menjadikan zina sebagai kerjaya umpamanya perniagaan seks... GRO, kerana ia mendatangkan pulangan lumayan dan menguntungkan, malah ada antara mereka berumur 16 hingga 18 tahun," katanya. Hamizah juga berkata rumah-rumah perlindungan dapat memberikan ruang dan peluang kepada golongan remaja untuk tidak mengulangi kesilapan lalu. "Sekarang ini terlalu ramai remaja yang hamil luar nikah atas dasar suka sama suka tetapi saya harap rumah-rumah perlindungan lebih kepada kes-kes sumbang mahram dan rogol," katanya.
Bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fatimah Abdullah berkata, pendekatan holistik melibatkan keluarga, remaja dan komuniti perlu dibentuk kerana dasar dan program bersepadu yang menjurus kepada remaja hamil tanpa nikah tidak ada pada masa ini.
"Tiada data lengkap mengenai mereka khususnya berkaitan dengan latar belakang sosio-ekonomi, pergaulan, hubungan hetroseksual dan pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin," katanya dalam kertas kerja 'Analisis Sosial Kes-kes Zina Berdasarkan Data Daripada Kajian Mengenai Kehamilan Luar Nikah' yang dibentangkan pada muzakarah itu.
Beliau berkata kaedah-kaedah yang dilakukan di Barat seperti penggunaan kaedah kontraseptif untuk pencegahan kehamilan tidak wajar diaplikasikan dalam konteks remaja Melayu yang beragama Islam. "Peningkatan bilangan remaja hamil tanpa nikah dalam kajian sosial adalah manifestasi kepada isu yang lebih besar tentang kekalutan dalam struktur organisasi sosial dalam masyarakat," katanya.
Pengasas dan Pengarah Kem Modal Insan (KEWAJA) Yahya Mohamed Yusof berkata bahawa pada tahun ini pihaknya telah menerima 260 orang gadis yang hamil luar nikah berbanding 240 orang tahun lepas. "Sejak KEWAJA ditubuhkan pada tahun 1988 dan sehingga kini terdapat lebih 2,500 gadis hamil luar nikah, ini antara kenapa kita memerlukan satu polisi dan dasar yang dapat membincangkan masalah ini secara lebih serius," katanya.
Yahya, yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan rumah perlindungan, berkata rumah perlindungan diibaratkan seperti 'Persatuan Bulan Sabit Merah' dalam membantu remaja yang bermasalah.

1 ulasan:
Salam kekasihku
Saya benar-benar tidak tahu dari mana hendak memulakan testimoni saya kerana nama saya yang sangat gembira ialah Esteri Mumpung, dari Phillipine, Puan Rebacca Alma datang untuk menyelamatkan saya dan menghilangkan semua kesedihan saya.
Sungguh mengagumkan apabila saya berfikir bahawa semuanya telah selesai dengan saya, saya sangat terhutang budi sehinggakan orang-orang yang saya pinjam dari geng itu memerangi saya dan kemudian menahan saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan tempoh rahmat diberikan kepada saya ketika saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan menjana wang untuk melunaskan semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahawa terdapat pemberi pinjaman dalam talian yang sah jadi saya perlu mencari di blog yang saya ditipu sebelum ini tetapi ketika saya menjumpai SYARIKAT PINJAMAN REBACCA ALMA, Tuhan mengarahkan saya kepadanya dan di sebuah blog kerana tarikan saya terhadapnya benar-benar suatu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan dan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu, saya melamar dengan penuh semangat setelah beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dalam 24 jam saya dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi kerana saya bercakap dengan anda sekarang saya mempunyai hapus semua hutang Saya dan sekarang saya mempunyai pasar raya dan pelaburan saya sendiri di Filipina dan Indonesia, saya baru saja membuka pusat membeli-belah di Malaysia tidak lama dahulu dan saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil kewangan, apa pun keputusan saya tidak ada urusan dengan Polis, saya sekarang wanita bebas.
Anda ingin mengalami kebebasan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu melalui e-mel syarikat: (rebaccaalmaloancompany@gmail.com) juga hubungi Puan Rebbacca melalui nombor whatsapp +14052595662.
Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahawa dalam dunia kesulitan ini, anda memerlukan seseorang untuk menolong anda mengatasi masalah perolehan dalam hidup anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Rebacca Alma di alamat di atas sehingga anda dapat mengatasi masalah kewangan dalam hidup anda.
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (esterimumpung77@gmail.com)) . Semoga Tuhan memberkati anda semua.
Catat Ulasan