VVIP DENAI CINTA

22 Disember 2010

Jom Nyanyi Lagu : Bangau Oh Bangau!!!

Lagu 'BANGAU OH BANGAU' berkumandang semula. Yang terkorban, tetap pergi tak kembali. Nampaknya kita langsung tak belajar dari musibah/kemalangan/malapetaka yang terjadi sebelum ini. Apabila TERHANTUK, maka barulah kita TERNGADAH!!! Nasi telah menjadi bubur. Harapnya beras yang baru ditanak menjadi nasi yang sempurna dan tidak lagi menjadi bubur!!!
..............................
Bas Terbabit Kemalangan Di Cameron Highlands
Jenis 'High-decker', Bukan Dua Tingkat
PUTRAJAYA, 22 Dis : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat. Sesebuah bas 'high-decker' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia merupakan bas persiaran.

"Bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi bukanlah sama tinggi dengan bas dua tingkat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Ditanya sama ada bas 'high-decker' sesuai digunakan di jalan raya yang berbukit-bukit, Kong berkata ia bergantung sama ada semua keperluan telah pun dipenuhi.

"Bagi kenderaan ini, selagi ia mematuhi semua keperluan dan spesifikasi teknikal yang diperlukan, kenderaan itu boleh digunakan di mana-mana sahaja jalan raya di negara ini," katanya.

Dalam kemalangan dua hari lepas, bas yang membawa 37 penumpang itu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, mengorbankan 25 pelancong rakyat Thai dan dua warga Malaysia, iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu pelancong. Sepuluh pelancong Thai pula cedera.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails