VVIP DENAI CINTA

19 Disember 2010

KERBAU PUN LAKUKAN JENAYAH? PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK!!!

Eh! Kerbau tanduk orang boleh dikategorikan sebagai JENAYAH ke...? Pelik bin Ajaib jugak aku bila tengok di mStar Online yang meletakkan berita orang ditanduk kerbau dalam kolum JENAYAH...!!! Hahahaha... Esok lusa tentu ada dalam berita polis gari kerbau yang lakukan jenayah ni dan sumbat dalam lokap...!!!

LELAKI TERPAKSA BERGULING ELAK DITANDUK KERBAU LIAR
BALING: Seorang lelaki terpaksa merebahkan badannya dan bertindak berguling di atas tanah bagi mengelak daripada terus diserang seekor kerbau liar yang tiba-tiba menyerangnya dalam kejadian di Kampung Paya Siput, mukim Siong, di sini petang Sabtu.
Ketika kejadian 4.20 petang itu, Ismail Husain, 53, sedang membersihkan kebun getahnya di kawasan Kebun Sera yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Akibat serangan itu, Ismail lebam di tangan dan badan akibat disondol kerbau yang dipercayai baru beranak itu tidak jauh dari kawasan belukar di situ.
Ismail berkata, beliau langsung tidak sedar sekumpulan kerbau liar berada di kawasan itu dan tiba-tiba salah seekor daripadanya bertindak menyerangnya. Katanya, beliau sempat menghayun parang yang mengenai mulut kerbau itu dan beliau kemudian berguling-guling di atas tanah mengelak daripada ditanduk kerbau itu menyebabkan kerbau tersebut meninggalkannya.

"Saya hanya tersedar bahagian belakang saya ditanduk dan saya terguling di atas tanah serta menghayun parang ke arah kepala kerbau itu dan mengenai mulutnya," katanya.


Katanya, kumpulan kerbau liar yang berkeliaran di kawasan itu dalam jumlah hampir 10 ekor itu dipercayai tiada bertuan dan pernah dua tahun lalu menyerang seorang pemburu babi hutan hingga mati akibat cedera parah ditanduk di bahagian paha dan badan.


Ismail berharap supaya Jabatan Haiwan Daerah Baling dan pihak lain yang bertanggungjawab bertindak menembak kerbau liar berkenaan daripada terus berkeliaran di kawasan bukit berdekatan Kampung Telok Temelah, Kampong Luas dan Kampung Paya Siput sebelum berlaku lagi kejadian yang tidak diingini.


Sementara itu, seorang penduduk Kampung Paya Siput, Shaffie Che Mey, 62, mahu kumpulan kerbau liar yang boleh mengancam nyawa terutama penoreh getah dan pekerja hutan di sekitar itu ditembak kerana sejak lebih 10 tahun ini tiada sesiapa yang mengakui kumpulan kerbau liar itu milik mereka.


"Kejadian pemburu babi hutan yang diserang dan maut akibat ditanduk dua tahun lalu dan kejadian semalam patut diambil perhatian oleh pihak berkenaan sebelum ada lagi kejadian yang boleh meragut nyawa berpunca dari serangan kerbau liar itu, " katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails