GAMBAR TERBARU KHALIFAH NEGARA ISLAM MALAYSIA
BERSAMA ISTERI TERCINTA
BERSAMA ISTERI TERCINTA
MELAKA, 15 Dis : Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syiar Islam tidak boleh ditingkatkan dan ummah tidak dapat dibangunkan hanya berdasarkan slogan semata-mata. Perdana Menteri berkata perubahan kepada umat Islam hanya akan menjadi kenyataan hanya jika ia diperjuangkan dan dengan kerajaan mengisi kerohanian umat Islam sebenarnya dengan pelbagai usaha berterusan. "Ada pihak cenderung untuk meluahkan slogan 'membangun bersama Islam' dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya."
"Tetapi ini merupakan slogan dan kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok (sahaja). Tetapi apakah kalau kita gantung slogan, betapa indah slogan sekalipun, adakah itu yang sebenarnya membawa kepada pembangunan ummah pada hari ini?" katanya semasa merasmikan Masjid Sayyidina Ali di Bukit Katil dekat sini Rabu. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Najib berkata orang yang boleh berfikir secara rasional tanpa emosi sahaja yang akan mengetahui bahawa slogan seperti itu tidak akan membawa kepada perubahan kepada umat islam.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah melakukan pelbagai usaha membangunkan ummah seperti membina masjid dan surau selain menambah elaun imam dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dengan perbelanjaan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Mengenai peranan masjid di negara ini, beliau berkata ia membolehkan umat Islam menjalani ibadat dengan selesa dan selamat.
"Tidak ada negara lain di dunia ini yang menyediakan peluang sedemikian," katanya. Najib berkata masjid juga bukan hanya berperanan sebagai tempat ibadat tetapi juga boleh dijadikan pusat percambahan fikiran, pusat kebajikan dan yang paling utama sebagai pusat penyatuan umat terutamanya masyarakat tempatan. Masjid Sayyidina Ali yang dibina dengan kos RM6 juta boleh menampung seramai 2,500 orang pada satu-satu masa dan turut menyediakan kemudahan kediaman untuk pekerjanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan