Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah akan mengkaji prosedur penggunaan senjata api oleh polis yang digunapakai di negara lain. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kajian itu dibuat bagi membolehkan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) mengenai penggunaan senjata api dilakukan.
Beliau yang juga pengerusi panel khas itu, berkata antara yang akan dikaji ialah prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan oleh Australia, serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Kami akan buat kajian dan perbandingan daripada negara lain bagaimana mereka dari segi SOP mereka. Dari situ kami akan bandingkan dengan kita punya dan akan buat penambahbaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 496 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Putrajaya, hari ini.
Abu Seman berkata, IGSO yang diguna pakai pada waktu ini dihasilkan pada tahun 2003, dan terdapat ruang yang boleh dibuat penambahbaikan. Beliau berkata, antara aspek penambahbaikan yang akan dicadangkan termasuk dari segi senjata api yang boleh digunakan, juga dari segi latihan, sama ada latihan asas atau latihan ulangan.
"Selain latihan asas, retraining (latihan ulangan) perlu juga dibuat dari semasa ke semasa kerana kadang-kadang latihan ini diperlukan untuk mengingatkan balik berkaitan penggunaan senjata api," katanya. Abu Seman berkata, laporan mengenai cadangan penambahbaikan IGSO itu akan diselesaikan secepat mungkin melalui mesyuarat panel yang diadakan setiap minggu.
Aminulrasyid, 15, meninggal dunia selepas terkena tembakan polis yang mengejar kereta yang dipandunya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada awal pagi, 26 April lalu. Isnin lalu, Abu Seman berkata, pihak panel tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan kepada polis supaya melakukan beberapa penambahbaikan terhadap perintah tetap itu supaya anggota polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih profesional. - Bernama

1 ulasan:
MEMANG PATUT PUN KAJIAN DIBUAT TERHADAP ANGGOTA PDRM DALAM MENGGUNAKAN SENJATAAPI,NI PDRM SAHAJA YANG DIBEKALKAN SENJATAAPI.....
APA ANGGOTA PENGUATKUASA LAIN TAK KEJAKAH???? TAK PERLUKAN PERLINDUNGAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS???
NI BANYAK YANG EKSEN TUNJUK BELANG KALAU DH PAKAI UNIFORM,PADAHAL SATUPUN TAK TAHU APA...MCM TIN KOSONG JE....BUNYI JE BISING,TAPI DALAM TAK DA PA....HAPAH!!!
Catat Ulasan