
Belum pernah himpunan sebesar ini diadakan di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Semoga PM Najib Razak memahami hasrat rakyat untuk melihat kilang yang berisiko tinggi seperti LYNAS ini, dinyahkan keluar dari bumi Malaysia!!!

TERIMA KASIH kepada Ketua Polis Daerah Kuantan OCPD Tuan Jasmani yang sememangnya amat berdiplomasi kepada penganjur dalam merealisasi himpunan mega sebegini. Terima kasih juga kepada anggota keselamatan yang berjaya memastikan himpunan berlangsung dalam keadaan baik dan aliran trafiknya berada pada tahap 'kesesakan' yang wajar. Dan terima kasih serta tahniah kepada anggota UNIT AMAL yang turut menyumbangkan tenaga dalam memastikan kelancaran himpunan.
DAN pastinya himpunan besar-besaran sebegini tak upaya berhasil andai tiada dokongan serta pengorbanan dari rakyat yang sanggup turun dalam menyatakan bantahan mereka terhadap LYNAS. Ada yang datang menggunakan pengangkutan awam, ada yang menumpang, ada yang bermotosikal, ada yang menginap di hotel, menginap di rumah saudara-mara, bahkan ada yang sanggup berkhemah di tepi pantai Teluk Chempedak. Semuanya hadir dengan hasrat dan tujuan yang satu; DEMI CINTAKAN NEGARA.
Semoga keCAKNAan serta kePRIHATINan ini kian bercambah terutamanya dalam diri umat MELAYU. Sama-samalah kita bangkit dan bangun menentang sebarang bentuk tindakan yang menjurus kepada kemusnahan serta kerosakan kepada masa hadapan generasi anak-cucu pewaris bangsa di bumi bertuah ini. Usah kita selesa dengan keadaan yang kita lalui kini. Buang jauh-jauh sikap 'TAK APA', dan semaikanlah sikap ambil tahu serta cakna perkembangan semasa. - Wallahu a'lam.

