SHAH ALAM : Dua hari selepas tertuduh kedua dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberi keterangan bahawa dia didera oleh polis, pada Khamis, giliran tertuduh keempat pula 'menceritakan' saat-saat getir yang dilaluinya semasa berada dalam tahanan reman. R.Kathavarayan, 31, mendakwa, penderaan secara fizikal itu berlaku pada 11 September 2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dekat sini apabila dia dibawa keluar dari lokap dan dibawa ke sebuah bilik kecil yang mempunyai sebuah meja kecil.
