VVIP DENAI CINTA

03 Mac 2012

KULIAH PERDANA BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS Sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012

2 Mac 2012 : Berlangsung Kuliah Perdana bersama al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (bersama Bob Lokman) di Dataran Ilmu, Kota Bharu sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang lebih menjurus kepada sesi soal-jawab agama itu nyata mendapat sambutan hangat dari rakyat Kelantan yang sememangnya sentiasa teruja dalam meramaikan majlis-majlis ilmu sebegini.

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus melengkapkan aturcara kalendar pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang dimulakan selepas waktu asar ini berjaya menarik tidak kurang 10,000 hadirin untuk mendengar sesi soal-jawab agama oleh tokoh pendakwah bertaraf selebriti ini.

Rata-rata hadirin jelas terhibur dengan konsep dakwah santai yang dibawakan Ustaz Azhar Idrus, bukan sahaja terhibur bahkan hadirin dapat mencerna dan memahami setiap persoalan yang dikemukan dan dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dengan contoh dan dalil yang memudahkan pemahaman hadirin. Dan aksi bersahaja saudara Bob Lokman selaku 'pembaca soalan' turut mencuit hati khlayak yang hadir, majlis berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Semoga usaha kerajaan negeri Kelantan dalam menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan membuahkan hasil dan sasaran untuk membawa 6juta pelancong ke Kelantan akan berjaya dicapai.








Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails