VVIP DENAI CINTA

16 Oktober 2011

SAYANGNYA ALLAH PADAMU WAHAI WANITA

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? Nak kena tutup sana, tutup sini. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising. Perempuan, stoking pun kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari. Kompem tak tahan bertutup semua. Tapi, perempuan cool jek. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
? Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Nak pergi kelas pun susah! Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sebab sakit!!! Cuba tengok budak lelaki , selamber jek. Kadang2 setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jek. Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit. Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? Hati ni Allah jadikan lembut betul. Cepat jek sensitif. Cuba tengok orang putus cinta. Selalu perempuan yang paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru. Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan. Siapa yang paling teruk menangis? Perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi. Lembut tak lembut hati perempuan. Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tak perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik. Lelaki, pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian, Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang, Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami, Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan Betapa susah hendak jadi perempuankan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
. Diorang cakap, Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah. Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan.

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel. Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, "lelaki tak payah tutup pon." Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati!!! Kesian kan kat diorang!!!

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang. Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil!!! Persoalannya sekarang, betul ke Allah x adil dengan perempuan???

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya!!!

Betul, isteri kena ikut cakap suami. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya!!!

Tak adil lagikah Allah pada perempuan? Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan. Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri. Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki, bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu!!! MashaAllah, hebatnya perempuan kan???!!!

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat. Cuba dengar pula lagu-lagu yg berkumandang dekat radio. Banyak lagu pasal perempuan kan...? Contohnya macam lagu SUMAIYYAH. Jarang kita dengar lagu pasal lelaki. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya... Orang akan cakap : "Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya." Kita tak pernah dengar pun orang cakap : "Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya." Kan?!!! Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan??? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan. Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni. Perempuan senang nak masuk syurga. Tengok hadis ni :

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan
???!!!

Oh perempuan, sedarlah. Betapa sayangnya Allah dekat kita. Betapa cintanya Allah dekat kita. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah!!!

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan!!! Dan seindah-seindah hiasan itu adalah wanita solehah!!! Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

Sekadar perkongsian bersama...

Wahai kaum adam... Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu... Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak... Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya... Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu... Lindungi dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi.....?

Disalin-tampal dari alam siber & melalui sumber iluvislam.com

1 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

Ya..semua perempuan, think positive. Jgn pandang masalah saje..fikirkan semua nikmat2 & anugerah yg ALLAH sentiasa bagi.

Ya..semua lelaki, think more positive, sebab kamu semua ketua & pendidik para perempuan. Hargailah anugerah & tanggungjawab yg ALLAH bagi.

Related Posts with Thumbnails