VVIP DENAI CINTA

14 Julai 2010

DERMA DARAH 158 KALI

Sekadar Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR : Sumbangan seorang warga emas menderma darah 158 kali sejak lebih 30 tahun lalu berbaloi apabila dia diberi penghargaan oleh Pusat Darah Negara (PDN). Mohd Gembo, 61, yang juga bekas kakitangan swasta menerima penghargaan itu pada Majlis Penghargaan Penderma-Penderma dan Penganjur-Penganjur Kempen Derma Darah Peringkat Wilayah Persekutuan Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2010 yang disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Auditorium PDN, di sini, semalam.

Mohd ketika ditemui berkata, dia mula menderma darah sejak berusia 30 tahun atas kemahuan sendiri dan selepas melakukannya perasaan terus menderma darah wujud dalam dirinya. Katanya, dia puas selepas menderma darah dan itu satu bentuk amal jariah bagi membantu individu kurang bernasib baik.


"Setiap kali saya menderma darah saya rasakan badan menjadi sihat dan selesa.
Saya berharap masyarakat di luar akan datang ke PDN untuk menderma darah kerana setiap titisan darah anda mampu menyelamatkan nyawa orang lain," katanya.

Majlis dianjurkan bersama PDN dan syarikat konsesi Radicare (M) Sdn Bhd itu bertujuan meraikan dan mengiktiraf penganjur dan penderma darah di samping menarik minat orang ramai menderma darah.


Sementara itu, Rosnah berkata, bertemakan moto sambutan Hari Penderma Darah 2010 iaitu "Darah baru untuk dunia" golongan muda adalah sasaran utama yang disasarkan untuk menderma darah. Beliau berharap, selepas ini bilangan penderma darah muda akan bertambah berikutan PDN kekurangan stok darah tetapi bilangan yang memerlukan terus bertambah. - HARIAN METRO


...............................

158 kali menderma darah, satu rekod yang menarik dicatatkan oleh Encik
Mohd Gembo, 61. Tapi musykil jugak sebab dia kata mula derma darah diusia 30 tahun. Ini bermakna sudah 30 tahun Encik Mohd Gembo menderma darah.

158 / 30 = 5 kali setiap tahun!

Dalam setahun paling tinggi pun seseorang tu boleh derma dalam 4 kali sahaja. Mungkin ada kesilapan atas laporan wartawan akhbar ni. Memang satu rekod la kalau boleh derma setiap tahun 5 kali...!!! Apa-apapun, menderma darah wajar DIBUDAYAKAN dalam kehidupan masyarakat Malaysia. HANYA MEREKA YANG BERKEYAKINAN DAN BENAR-BENAR SIHAT SAHAJA MAMPU UNTUK MENDERMAKAN DARAHNYA.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails