VVIP DENAI CINTA

17 September 2010

Jangan Kaitkan Setiap Kejadian Dengan PERKAUMAN

KUALA LUMPUR, 16 Sept [Bernama] : Orang ramai diminta supaya tidak sentiasa mengaitkan setiap perkara atau kejadian yang berlaku dalam negara dengan unsur perkauman. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang membuat gesaan itu berkata tindakan mengaitkan setiap kejadian dengan unsur perkauman perlu dielak, khususnya dalam suasana negara menyanjung perpaduan di dalam kepelbagaian kaum.

"Saya tahu mungkin ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab yang ingin memporak-perandakan masyarakat dan memecah-belah perpaduan yang sedia wujud di kalangan rakyat Malaysia dengan mengaitkan setiap isu yang timbul dengan perkauman, termasuklah kes jenayah bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri keluarganya di Kompleks Kraf di Jalan Conlay di sini, hari ini, yang turut dihadiri bapanya yang juga mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mukhriz berkata kejadian jenayah boleh berlaku di mana-mana, dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan sekiranya dilihat dari sudut perkauman ia berkemungkinan boleh mencetuskan ketegangan. "Kejadian itu (kes pembunuhan Sosilawati) tidak seharusnya dilihat dari kacamata antara kaum kerana ia sudah tentu akan menghangatkan keadaan yang mungkin mencetuskan pertelingkahan kaum," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails