VVIP DENAI CINTA

03 Julai 2010

PORNOGRAFI DAN BAHAN LUCAH BUKAN PUNCA JENAYAH SEKS?

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menyatakan bahawa jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu.

"Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibu memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak." - Petikan Berita Harian 03.07.2010

Sama ada saudara Kamal Affendi Hashim ini memiliki pengalaman mendidik anak di zaman millenium ini, itu kurang saya ketahui. Tetapi untuk beliau sama sekali menafikan bahawa unsur seks dan porno yang terpapar di media khususnya internet sebagai punca salah laku seks amatlah tidak wajar dan nyata tidak tepat...!!!

Bagaimana seorang ibu hendak mengawal 24jam si anak agar 'betul arah tuju' perjalanan hidupnya dalam dunia hari ini yang memaksa golongan ibu untuk turut bersama membantu suami mencari rezeki untuk kesejahteraan rumahtangga. Jika benar sekalipun penerangan dan didikan si ibu, bagaimana pula dengan pengaruh persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh media serta paparan internet yang pastinya lebih kuat mempengaruhi jiwa si anak.

Bersama kita renungkan dan lihat berita yang tersiar
di akhbar Harian Metro bertarikh 03.07.2010 ini :

BUNYI GHAIRAH DARI BILIK

KUALA LUMPUR : Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit. Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya. "Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu," katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

"Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka," katanya.


Sumber itu berkata, anak wanita terbabit turut memberitahu kanak-kanak lelaki berkenaan pernah memeluk dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya. "Mendengar jawapan itu, ibunya yang berusia lingkungan 20-an terus ke rumah jiran mereka dan bertanyakan kepada kanak-kanak lelaki terbabit sama ada benar atau tidak dia mengajar anaknya melakukan perbuatan tidak bermoral itu."

"Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berkenaan tidak mengaku. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan kejadian itu," katanya. Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu kerap berkunjung ke rumah jirannya untuk bermain dengan adik kanak-kanak lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu kanak-kanak perempuan terbabit. "Polis sudah mengambil keterangan daripada kanak-kanak perempuan berkenaan dan mereka sudah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan."

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, kes itu sewajarnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa supaya meningkatkan pemantauan terhadap anak termasuk yang di peringkat usia prapersekolahan kerana mereka amat mudah terdedah dengan pelbagai gejala negatif yang banyak berlaku di sekeliling mereka. - HARIAN METRO

2 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

Xde kena mengena ngn internet & hiburan? dia bru kua dr gua tempurung ke ape? huh..

Video lucah la sumber utama budak2 ni jd sengal & rosak akal & hamba nafsu. kalo x dpt bekalan dr koleksi makbapak sendiri, belambak2 kt kedai vcd. n mesti ade jer kt internet. Tu belum lg bahan2 bacaan lucah & novel2 kotor yg bdk2 skolah suke "study". Camne la mamat tu leh ckp camtu?

Nak harapkan parents nk pantau 24jam, xbuat keje la dorang. So, parents kne bg jalan yg betul pd anak2 ikut yg agama Islam dh tentukan,baru senang..xpayah pantau lebih2. Pastu kena doa selalu, byk mslh je. Bila dh jati diri tu kuat, xderla mudah tergelincir.

Ckp mmg la senang bg yg belum ade anak..tp biasenye org yg xalami mslh yg sama boleh nmpak jalan penyelesaian yg lebih jelas. Juz sharing.

kamal fnd hashim berkata...

Begini konteks sebenar saya- kita selalu salahkan segalanya dan mencipta alasan untuk melarikan diri dari punca sebenar.
1. Jatuh kerana terpijak kulit pisang=kita salahkan sapa yg buang,kan?lupa bahawa kita berjalan sambil bercakap di tel.
2.kemalangan jalanraya=kita salahkan makcik yg tiba tiba menukar haluan, kan? terlupa bahawa kita yang bawak laju dan kitapun tak pernah bagi signal.
Jadi, saya merujuk kepada alasan lama yang diberikan walhal punca sebenarnya adalah ketidakbolehan kita sendiri.
Bagaimana seorang ibubapa tergamak mengatakan susah kerana 'terpaksa' menjaga anak walhal itu memang amanah dan tanggungjawabnya?
Jika kita amalkan adat dan logik begini, akhirnya apakah kita akan sanggup menyalahkan tuhan?

p/s Saya berbaik sangka dengan pengkomen barangkali kerana tidak faham konteks yang saya maksudkan.Harap dengan penjelasan ini, ia dibaca dengan ilmu supaya tidak timbul fitnah lagi.

kamal fnd hashim
019-2109999

Related Posts with Thumbnails