VVIP DENAI CINTA

26 Februari 2012

HIMPUNAN HIJAU 2.0 : Sejarah Tercipta Di Kuantan

Sejarah tercipta hari ini 26 Februari 2012 di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Himpunan Hijau 2.0 berjaya mengumpulkan 20,000 warga yang cintakan keamanan, kedamaian serta kemakmuran kepada bumi Malaysia tercinta ini.

Belum pernah himpunan sebesar ini diadakan di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Semoga PM Najib Razak memahami hasrat rakyat untuk melihat kilang yang berisiko tinggi seperti LYNAS ini, dinyahkan keluar dari bumi Malaysia!!!

DAN lihatlah duhai rakyat Malaysia. Himpunan bisa berlangsung aman andai tiada provokasi dari pihak berkuasa. Apabila tiada rempuhan FRU dan SB, tiada tembakan gas pemedih mata, tiada semburan dari water cannon, MAKA LIHATLAH : Betapa aman dan harmoninya semangat muhibbah dalam himpunan aman ini. Himpunan berjalan lancar dan pesertanya berdisiplin dalam memastikan keselamatan serta mengelak berlaku kekecohan.

TERIMA KASIH kepada Ketua Polis Daerah Kuantan OCPD Tuan Jasmani yang sememangnya amat berdiplomasi kepada penganjur dalam merealisasi himpunan mega sebegini. Terima kasih juga kepada anggota keselamatan yang berjaya memastikan himpunan berlangsung dalam keadaan baik dan aliran trafiknya berada pada tahap 'kesesakan' yang wajar. Dan terima kasih serta tahniah kepada anggota UNIT AMAL yang turut menyumbangkan tenaga dalam memastikan kelancaran himpunan.

DAN pastinya himpunan besar-besaran sebegini tak upaya berhasil andai tiada dokongan serta pengorbanan dari rakyat yang sanggup turun dalam menyatakan bantahan mereka terhadap LYNAS. Ada yang datang menggunakan pengangkutan awam, ada yang menumpang, ada yang bermotosikal, ada yang menginap di hotel, menginap di rumah saudara-mara, bahkan ada yang sanggup berkhemah di tepi pantai Teluk Chempedak. Semuanya hadir dengan hasrat dan tujuan yang satu; DEMI CINTAKAN NEGARA.

Semoga keCAKNAan serta kePRIHATINan ini kian bercambah terutamanya dalam diri umat MELAYU. Sama-samalah kita bangkit dan bangun menentang sebarang bentuk tindakan yang menjurus kepada kemusnahan serta kerosakan kepada masa hadapan generasi anak-cucu pewaris bangsa di bumi bertuah ini. Usah kita selesa dengan keadaan yang kita lalui kini. Buang jauh-jauh sikap 'TAK APA', dan semaikanlah sikap ambil tahu serta cakna perkembangan semasa. - Wallahu a'lam.



25 Februari 2012

Wajib Baca Sekiranya Anda Ingin Hadiri HIMPUNAN HIJAU 2.0

Ada yang akan turun HIMPUNAN HIJAU 2.0 di Padang MPK 4 esok (24 Februari 2012)? Persiapkan diri sebelum turun ke medan, baca ini dahulu :

Soalan Lazim Ditanya (FAQ)

1. Apakah matlamat kami? Kita akan bertemu di padang MPK 4 untuk menunjukkan bahawa 20,000 orang rakyat Malaysia berganding bahu mempertahankan tanah air kami daripada "penjajahan toksik" syarikat asing. Sesiapa yang tidak ingin memandu ke tapak padang MPK4 boleh meletakkan kenderaan di pusat bandar dan berjalan ke sana. Ini akan mengambil masa kira-kira 20-30 minit.

21 Februari 2012

Latif Ibrahim Beritahu Isteri 'Teringin Hendak Balik'

PETALING JAYA : Penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, memberitahu isterinya, Masriah Mahadan yang dia 'teringan hendak balik'.

Masriah,57, memberitahu, kata-kata itu disuarakan Latif ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Korinari (CCU) IJN pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung.

20 Februari 2012

BELASUNGKAWA : Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

PETALING JAYA : Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

17 Februari 2012

BOLEHKAH MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA?

Jika orang bukan islam menjemput kita ke majlis perkahwinannya yang dibuat di gereja, bolehkah kita menghadirinya?

16 Februari 2012

Mak Nyah Kuantan Dalam Ketakutan - ANU DALAM ANCAMAN

Sekumpulan lelaki menyerang golongan transeksual? Siapakah agaknya kumpulan lelaki bermotorsikal yang bertindak nekad membelasah golongan transeksual atau maknyah ini? Apakah tindakan menggunakan hukum rimba yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki ini lantaran dek rasa hampa mereka dengan pihak berkuasa yang langsung tidak berusaha menghapuskan 'industri lendir' di lorong-lorong 'kunyit' sekitar Kuantan...?

Apa tindakan pihak berkuasa untuk menghapuskan pelacuran dan persundalan di kalangan wanita dan maknyah di ibu negeri Pahang ini? Apakah mereka buta dan tidak nampak atau buat-buat tak nampak gelaja pelendiran yang tidak pernah berkesudahan ini?

Diharap pihak berkuasa tampil membanteras aktiviti maksiat ini dari berterusan membarah, dan bukannya kalian bertindak untuk mempertahankan aktiviti haramjadah ini...!!! Dan kepada sekumpulan lelaki ganas yang memukul maknyah-maknyah ini, selamat maju jaya... Aku tak sokong korang gunakan hukum rimba, tapi kalau dah itu pilihan korang, maka pandai-pandai koranglah...!!! :-D

Mona menerima 18 jahitan selepas lehernya dikelar

Golongan Transeksual Di Kuantan Kini Hidup Dalam Ketakutan
KUANTAN : Golongan transeksual di sini kini hidup dalam ketakutan selepas mereka sering menjadi sasaran satu kumpulan yang ingin mencederakan mereka, demikian lapor akhbar The Star. Menurut akhbar tersebut, sekurang-kurangnya 13 orang dari kalangan transeksual telah menjadi mangsa serangan dalam tempoh enam bulan ini.

Himpunan Hijau 2.0 - PM & MB Pahang Dah Benarkan. Harap MPK & Polis Luluskan Permit!!!

Assalamualikum, Salam petang Khamis nan permai...
Buat warga Pahang Darul Makmur dan juga kepada warga Malaysia yang cintakan tanah air. Bersama kita turun dalam HIMPUNAN HIJAU 2.0 yang bakal dilangsungkan pada 26 Februari 2012 ini dan menuntut agar operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dihentikan. Rakyat harus menghantar mesej jelas kepada KERAjaan melalui himpunan yang bakal diadakan di Padang MPK1 (di hadapan Masjid Negeri), bahawa kami rakyat Malaysia mahu Lynas menutup kilang yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk Kuantan!!!
Related Posts with Thumbnails