VVIP DENAI CINTA

26 Jun 2011

Bersih 2.0 : LARANGAN TIDAK SAH, POLIS LANGGAR PERLEMBAGAAN!!!

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan. "Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit. Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar. Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan. Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin. "Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. - MALAYSIAKINI

25 Jun 2011

Facebook Perdana Menteri Jadi Medan Maki Hamun


Pening kepala aku tengok page Facebook milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Penuh dengan maki-hamun, kejian, provokasi, menghina agama serta komen berbaur perkauman antara penyokong PM dan mereka yang tidak bersetuju dengan PM.

Dah jadi cacamarba wall
Facebook PM tu. Nampaknya usaha PM untuk mendekati rakyat/masyarakat melalui medium popular seperti Facebook ternyata gagal. Laman Facebooknya menjadi tempat 'serangan' di antara dua pihak. Begitu sengal dan meloyakan setiap kali berkunjung ke Facebook tersebut. K|E|S|I|A|N Perdana Menteriku.

MALAYSIA NEGARA ISLAM : Pelatih Bomba Wanita Kecewa Kepala Dibotakkan!!!

ALOR SETAR, 24 Jun : Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.

AMINULRASYID : Analisis Tidak Dipengaruhi Keterangan Saksi, Tertuduh - Pakar Forensik

SHAH ALAM, 24 Jun : Seorang pakar forensik Jumaat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau menjalankan analisis terhadap siasatan forensik dalam kes kematian Aminulrasyid Amzah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana keterangan saksi pendakwaan dan tertuduh.

Bekas Ketua Bahagian Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berkata sebaliknya beliau mengguna pakai maklumat yang diberikan kepadanya seperti gambar, laporan Jabatan Kimia dan laporan CSI untuk membuat penilaian.

24 Jun 2011

BAHAGIA BUKAN PADA HARTA

Tertarik dengan kata-kata penuh makna oleh Tok Guru kesayangan rakyat Malaysia ini. "Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Aalhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai-berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ni bukan boleh dibeli di market,tapi ia datang daripada Allah SWT." - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar : Penghargaan kepada saudara Topeng Perak Unmasked

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada BERSIH 2.0?

Artikel oleh : Wira Arjuna
Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong?

23 Jun 2011

MAHASISWA SERTAI HIMPUNAN BERSIH HADAPI TINDAKAN DIBUANG ATAU DIGANTUNG PENGAJIAN

Gelabah Pak Menteri, mahasiswa diberi amaran! Amaran yang dilihat sebagai ugutan. Seakan ia jalan terakhir kerajaan untuk membendung kebangkitan mahasiswa bersama rakyat. Mahasiswa yang ingin keluar berhimpun bukan atas dasar mereka 'mewakili' universiti/kolej tempat mereka menimba ilmu!!! Mereka keluar berhimpun atas dasar mereka adalah rakyat Malaysia yang sedar bahawa himpunan aman adalah hak semua rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Amat tidak wajar dan bacul apabila menteri sendiri mengeluarkan ugutan sebegini dan menggunakan AUKU. AUKU wajar dipinda agar tidak digunakan sewenangnya oleh mereka yang memegang tampuk kuasa.

TINDAKAN TERHADAP MAHASISWA SERTAI HIMPUNAN

S
LIM RIVER, 23 Jun : Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang didapati menyertai perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Beliau berkata menyertai perhimpunan haram merupakan satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.

"Perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa maka jelas ia adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram itu kelak. - BERNAMA
Related Posts with Thumbnails