VVIP DENAI CINTA

13 Mac 2010

SUSULAN KES IBU DIBELASAH LIMA PELAJAR PEREMPUAN DEPAN ANAK

KAJANG : Kementerian Pelajaran mengarahkan pihak pengurusan sebuah sekolah di Petaling Jaya menyiasat kejadian enam pelajar perempuannya membelasah eksekutif wanita yang juga ibu kepada pelajar sekolah berkenaan, Rabu lalu.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sekolah berkenaan juga perlu memanggil pelajar yang disyaki terbabit dalam insiden itu untuk disoal siasat bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat sebenar berhubung kejadian itu.


"Kementerian difahamkan kejadian itu berlaku di depan sekolah. Pada saya, sekolah masih perlu membuat siasatan dan jika ada tindakan, pihak pengurusan perlu menjalankan tindakan mengikut peraturan sekolah. Kita juga kesal dengan kejadian itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku. Pelajar terbabit perlu dipanggil untuk diberi nasihat dan bimbingan kaunseling," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Sungai Ramal Luar di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Zatul Bazamah Zainal Abidin mendakwa dibelasah sekumpulan enam pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah Petaling Jaya di depan anaknya dan puluhan pelajar lain.


Ibu berusia 33 tahun itu dikatakan diserang di luar kawasan sekolah berkenaan, pada jam 1.15 tengah hari, selepas memarahi seorang daripada pelajar terbabit yang mengganggu serta mengejek anak perempuannya yang juga pelajar Tingkatan Lima sekolah itu. - BERITA HARIAN -

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

macam2 kan

Rohaifi Azri berkata...

emmm... macam2, lelaki dan pompuan sama ganas dan biadap!

Related Posts with Thumbnails