VVIP DENAI CINTA

19 Februari 2013

PEMBANTU RUMAH DERA BAYI DI KUANTAN DIPENJARA 20 TAHUN!!!!!

Kerja tak sampai satu hari,
kena penjara 15 tahun!!!

KUANTAN, 19 Februari :
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu. 

19 Januari 2013

Kathavarayan Nafi Rancang Pembebasan Dengan Menjadi Pemberi Maklumat Polis

SHAH ALAM, 18 Januari - Tertuduh keempat dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menafikan bahawa dia membuat perancangan dengan pihak polis mengenai pembebasannya sebagai 'ganjaran' menjadi pemberi maklumat kepada mereka.

16 Januari 2013

Tertuduh Keempat Dakwa Nampak Sosilawati Di Restoran Selepas Kejadian Bunuh

SHAH ALAM, 15 Jan : Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan kenyataan tertuduh keempat, yang mendakwa melihat jutawan kosmetik itu di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas kejadian bunuh dikatakan berlaku.

08 November 2012

TIADA SEBAB SAYA BUNUH SOSILAWATI DAN 3 RAKANNYA

SHAH ALAM, 7 Nov : Tertuduh ketiga dalam kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Rabu bahawa tiada sebab untuk dia membunuh keempat-empat individu itu pada malam 30 Ogos 2010 di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

MB KELANTAN : Hidupnya Cukup sederhana


Allahu Akbar! Inilah aktiviti YAB TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ BIN NIKMAT, Menteri Besar negeri Kelantan Darul Naim. Andai tiada tugasan rasmi dan punya kelapangan, beliau selesa sepertimana rakyat biasa untuk membersihkan sendiri halaman rumahnya. Semoga Allah swt mengurniakan kesihatan buat YAB Tuan Guru untuk terus menabur bakti kepada ummah.




Kredit gambar :
ZAM ZAMANI MOHD ZAIN

30 Oktober 2012

HARAMKAN SHISHA - Sama Bahaya Dengan Rokok!

Shisha oh shisha. Entahla, aku bukan penghisap shisha dan setakat ni tak pernah teringin untuk menenyedutnya sebagaimana rokok yang juga tidak mampu membangkitkan ghairahku untuk menikmatinya. Buat sahabat yang menghisap rokok mahupun shisha, cubalah seboleh mungkin untuk mengurangkan dan andai boleh berhentilah dari tabiat menghisap 2 benda yang memudaratkan kesihatan ni..... Tubuh ini hanya pinjaman dari ALLAH SWT, jagalah ia sebaiknya.

CAP Gesa HARAMKAN Shisha Mudarat Kesihatan
KUALA LUMPUR : Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

25 Oktober 2012

Sosilawati Dibaring Dan Ditikam Di Tengkuk

SHAH ALAM, 25 Oktober : Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.
Related Posts with Thumbnails