VVIP DENAI CINTA

08 Mac 2010

WANITA LEWAT BERKAHWIN : APAKAH PERKAHWINAN 'MISYAR' BOLEH MENJADI JALAN PENYELESAIANNYA?

CERAMAH KHAS PAGI JUMAAT: KAHWIN MISYAR
JUMAAT, 23 Jun 2006 – Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor telah menganjurkan satu ceramah khas bulanan pagi Jumaat ini yang bertajuk 'Kahwin Misyar' yang disampaikan oleh Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi bin Abdul Majid bertempat di Dewan Kuliah Pusat Pembangunan Kekeluargaan Islam, Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Ceramah bermula pada jam 8.00 pagi dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Safuan bin Nayan. Ceramah kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah.

Isu kahwin misyar yang dicadangkan diperkenalkan di Malaysia telah menimbulkan banyak kontroversi di kalangan umat Islam berikutan perdebatan hebat di kalangan ulamak yang bersetuju dan juga sebaliknya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil turut membantah cadangan ini dan berpendapat perkahwinan ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana ia bukanlah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ramai wanita tidak berkahwin. Tambahan pula perkahwinan ini mensyaratkan wanita perlu membuat pengakuan bertulis tentang kesediaan wanita untuk tidak dijanjikan nafkah zahir atau melakukan giliran (bagi kes poligami) dan bersedia menanggung risiko bagi mengelak masalah berbangkit pada masa hadapan.

Maksud Misyar dibaca mis-yaar berasal daripada kata sayr yang bererti berjalan atau mengembara dan mempunyai erti banyak atau selalu berjalan, mengembara dan akhirnya kita boleh sebut sebagai pengembara. Perkahwinan misyar membawa maksud perkahwinan yang tidak terikat dengan syarat, keperluan dan hak-hak dalam perkahwinan di mana suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian dan cukup sekadar memenuhi nafkah batin terhadap isteri. Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab. Amalan sebegini dibenarkan dan pernah terjadi berdasarkan situasi mashalahat di mana terdapat ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin. Isu nikah misyar menjadi topik perbualan hangat di negara kita apabila banyak pihak mendesak pihak Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ianya boleh dilaksanakan atau tidak di sini.

Kesudian dan kehadiran Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi ke Jabatan Agama Islam Selangor menjelaskan lagi maksud kahwin misyar yang dicadangkan beliau kepada pegawai dan kakitangan jabatan khususnya. Beliau menjelaskan bahawa 'Kahwin Misyar' yang beliau maksudkan adalah "perkahwinan di antara perempuan yang kaya, berada, berkerjaya tinggi dan belum berkahwin dengan lelaki bujang yang berperibadi dan berakhlak mulia, baik tetapi tidak kaya dan berharta. Syarat-syarat perkahwinan tetap sama iaitu ada wali, saksi, mas kahwin dan akad yang sama sepertimana perkahwinan lain. Mereka berkahwin suka sama suka tetapi lelaki itu tidak menjanjikan sara hidup yang banyak untuk wanita tersebut. Namun begitu, suami itu boleh memberi nafkah mengikut kemampuannya, terpulang kepada wanita itu untuk menggunakannya atau cukup sekadar dengan wang perbelanjaannya sendiri. Jika wanita itu berniaga, maka lelaki itu sama-sama mengusahakan perniagaan bersama isterinya." Beliau tidak ingin menyebut isu ini lagi kerana menurut beliau masyarakat negara ini amat beremosi dan mudah melenting apabila isu-isu sebegini disentuh.

Menurut beliau, perkahwinan sebegini sebenarnya telah pun wujud di negara kita. Ia bukanlah sepertimana perkahwinan misyar yang diamalkan oleh masyarakat di negara Arab. Beliau sengaja mengemukakan cadangan ini kerana ingin mengajak semua pihak termasuk ulama', pemimpin dan masyarakat berfikir tentang isu ini. Masyarakat beranggapan, lelaki bertaraf rendah yang berkahwin dengan wanita bertaraf tinggi itu dengan istilah 'makan duit bini' dan pelbagai lagi persepsi negatif. Persepsi sebeginilah yang mengakibatkan lelaki-lelaki bertaraf rendah atau sederhana takut dan tidak berani untuk meminang seterusnya mengahwini wanita profesional berstatus dan berkerjaya tinggi. Menurut beliau, jika keadaan ini berterusan maka lebih ramailah wanita golongan profesional tidak berkahwin. Jika masyarakat dapat mengubah persepsi dan penerimaan mereka, isu ini bukanlah perkara baru dan tidak akan menjadi kontroversi.

Beliau menekankan tentang bilangan wanita profesional yang tidak berkahwin adalah tinggi. Perubahan sosial masyarakat Malaysia kini lebih terbuka. Wanita telah diberi peluang untuk menceburi pelbagai bidang setinggi mungkin dan ramai di kalangan wanita berjaya menjadi usahawan, menteri, ketua jabatan dan sebagainya. Taraf profesional golongan wanita juga setanding dan mungkin lebih dari lelaki. Inilah yang membimbangkan kerana ramai dari golongan ini yang tidak mahu atau belum berkahwin. Mereka berjaya dari satu sudut dan gagal dalam satu sudut yang lain iaitu memiliki suami dan keluarga seperti wanita lain. Beliau memikirkan cadangan ini jika diterima di negara ini dapat mengatasi serba sedikit masalah ini di samping memberi jalan keluar kepada ibu-ibu tunggal yang mengalami masalah yang sama.

Jika dilihat dari aspek nisbah pembangunan genetik, berapa banyak negara telah membazirkan genetik-genetik ibu-ibu yang cerdik, mempunyai IQ yang tinggi dengan membiarkan golongan-golongan wanita profesional ini tidak berkahwin hingga ke akhir hayat mereka. Jika difikirkan, wanita-wanita yang berjaya ini mampu melahirkan generasi akan datang yang cerdik pandai. Tetapi jika mereka dibiarkan tidak berkahwin, maka siapakah pewaris generasi kita akan datang yang tinggal. Sama-samalah kita fikir dan renungkan. Wallahualam.

07 Mac 2010

KISAH 'JANTAN' YANG TERLAMPAU!!!

BENARKAH RAMAI LELAKI MALAYSIA YANG 'TAK JANTAN'? Apa-apapun, kisah dan berita di bawah ini harus dijadikan iktibar kepada mereka-mereka yang ingin dilihat 'jantan'! Jangan terlebih jantan sehingga melampau-lampau 'kejantanannya'.


LELAKI 'TEGANG' TIGA MINGGU NYARIS MAUT

KOLKATA : Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah. 'Ketegangan' itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah 'priapism' yang menyebabkan darah beku di kemaluannya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan. 'Priapism' merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu 'sentiasa tegang.'

Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong. Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan.

SUMBER - BERITA HARIAN

DERMA DARAH SELAMAT DAN BAIK UNTUK KESIHATAN


Naik berat badan, proses yang menyakitkan dan penyakit boleh merebak; demikian antara kepercayaan atau andaian yang menyekat kerjasama masyarakat untuk menderma darah.

Pakar perubatan yang menyangkal andaian sedemikian sebaliknya menegaskan bahawa menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru. Penderma darah atau mereka yang sudah melalui proses ini mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik tentang status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.

"Selepas itu, bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan. Ujian saringan yang dilakukan ialah bagi mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini, mereka tidak dibenarkan menderma darah," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.

BEKALAN PERLU KONSISTEN

Dr Roshidah berkata andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.

Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana mahu sentiasa mempunyai bekalan yang konsisten.

"Secara amnya dalam tempoh setahun, bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja," katanya.

Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas cuti perayaan yang panjang, pada penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun. Peningkatan pemintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, pertambahan bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah, katanya.

Dr Roshidah berkata PDN memerlukan lebih 550,000 pendermaan dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu. "Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari."

Dan PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan. PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit dalam stok pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan.

JANGKA HAYAT TERHAD

Dr Roshidah berkata semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan pesakit. "Tidak kiralah sama ada seseorang itu kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah," katanya.

Beliau berkata wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah. "Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada yang menderma."

"Walhal, jangka hayat darah adalah terhad, darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan tranfusi darah seperti talassemia, buah pinggang, kanser dan leukaemia serta kes-kes pembedahan.

BUKAN PUNCA GEMUK

Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Dinon Mohd menjelaskan bahawa sekiranya penderma darah mengalami kenaikan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi melibatkan faktor berpengaruh yang lain

"Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku, ia berkemungkinan dari faktor genetik, emosi, cara pemakanan, kurangnya aktiviti sukan atau persekitaran seseorang itu," katanya.

Pegawai Kesihatan Zon Kelang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr Umi Ahmad berkata menderma darah mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. "Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung," katanya.

Tambahan lagi, katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia termasuk dalam sebahagian tuntutan fardu kifayah.

APA KATA PENDERMA

Bagi penderma darah, Aimi Fazreen Abu Bakar, proses menderma darah tidak menyakitkan dan ia tidak mengambil masa yang lama. "Siapa kata sakit? Lagipun, sebelum suntik, jururawat akan sapu ubat pelali, jadi tak rasa sakit pun. Tengok-tengok dah siap," kata penuntut Universiti Islam Antarabangsa berusia 22 tahun itu.

"Masa muda ini eloklah sertai derma darah bagi membantu golongan yang memerlukan. Ini perbuatan mulia, kerana kita mampu menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira batasan agama," kata penderma darah kali keempat itu.

Rosdi Ishak, yang sudah 25 kali menderma darah, berkata beliau akan menjadikan amalan iniu sebagai amalan yang berterusan dalam hidupnya. "Dalam setahun hampir beberapa kali saya pergi di hospital ataupun di unit-unit bergerak, dan bagi saya, kalau tidak menderma, ada sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya," katanya.

Ng Sze Hwei (she), 25, pula berkata unit-unit bergerak (derma darah) perlu diperluas dan dibuka di tempat-tempat awam kerana secara psikologi dapat mengurangkan rasa takut penderma untuk menderma. Penderma darah kali pertama itu berkata beliau akan kembali menderma darah kerana mahu membantu golongan yang memerlukan.

SUMBER - BERNAMA; Nurulhidayah Rosly. Kuala Lumpur 05 Mac 2010

16 Februari 2010

TEKNIK REBONDING : HAKIKAT DAN HUKUM

28 Safar 1431H
http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH
Sudah lama persoalan hukum teknik rebonding ditimbulkan. Cuma kesibukan dan sumber rujukan yang menyebabkan lambat untuk saya menulis tentangnya. Mudah2an dgn penulisan ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat agar mereka sentiasa berada di landasan kebenaran.


APAKAH ITU TEKNIK REBONDING

‘Rebonding’ merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia yang tertentu dan melalui proses yang tertentu. Bahan kimia tersebut akan mengurai struktur asal rambut dan membinanya kembali mengikut bentuk yang dikehendaki. Rambut yang melalui proses rebonding akan kekal dalam keadaan lurus sehinggalah rambut baru tumbuh.


PROSES REBONDING

Proses ini mengambil masa lebih kurang 8 jam. Jika rambut lelaki biasanya 3 jam.

  • Rambut dibasuh dengan syampu
  • Kemudian rambut dipisah-pisahkan dan dikenakan krim pelembut atau ‘relaxant’ untuk menjadikan rambut lurus. papan plastik kecil diletak bagi memastikan rambut kekal lurus
  • Krim pelembut atau ‘relaxant’ tadi dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian rambut dipanaskan dengan wap sebelum dibilas
  • Rambut dikeringkan dan dikenakan ‘keratin lotion’
  • Kemudian sejenis seterika khas untuk rambut yang mempunyai permukaan yang rata digunakan bagi memastikan seluruh rambut menjadi lurus, tiada saki baki yang tertinggal
  • Rambut dipisah-pisahkan sekali lagi, dan ‘neutraliser’ digunakan bagi mengukuhkan balik struktur rambut
  • Neutralizer dibiarkan selama 30 minit dan dibilas. Kemudian ‘seterika khas’ digunakan sekali lagi dan rambut akan kelihatan lurus dan berseri.

ADAKAH REBONDING MEMBAWA MUDARAT KEPADA RAMBUT?

Krim pelembut atau ‘relaxant’ yang digunakan dalam teknik rebonding mengandungi unsur-unsur kimia yang mengubah struktur rambut dan boleh mengakibatkan rambut kering, lemah, dan masalah rambut gugur. Antara bahan kimia tersebut adalah sodium hydroxide, calcium hydroxide dan ammonium thioglycolate. Rambut yang dilakukan rebonding perlu mendapat penjagaan yang istimewa, jika tidak rambut tersebut akan mudah rosak.



MENGUBAH BENTUK ASAL RAMBUT MENURUT ULAMA
Ulama Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya. Imam Ramli (Ulama mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj:

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suamniya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi." (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama, seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.


SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ia adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA: PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda:

لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتلفجات للحسن المغيرات خلق الله
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu, pencukur kening dan orang yang dicukur kening, orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

إحداث تغييردائم في خلقة معهودة
"Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama, KEKAL di sini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikkan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata :
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور
"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.


KESIMPULAN
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda :


مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." Hr Abu daud - hasan sahih

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. (terima kasih pd ikhwah yg cari maklumat tentang teknik rebonding)

11 Februari 2010

KOPI EREKSI UNTUK WANITA DIRAMPAS

Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
10 Feb 2010
11 pagi

Perhatian: Entry ini mengandungi bahan-bahan bacaan yang diklasifikasikan sebagai 18SX.


Bayangkan, apabila wanita menelan Viagra / Cialis


Apakah reaksi yang berlaku pada sistem tubuh wanita itu?


Mengikut testimoni dari wanita yang telah meminum kopi yang dirampas ini, mengakui nafsu seks mereka menjadi lebih teruja dan memberangsangkan selepas meminum kopi ini.


Bagaimanapun, sebenarnya wanita itu tidakpun mengetahui bahawa kopi yang diminum itu mengandungi bahan yang merupakan untuk mengubati mati pucuk (impontensi) yang sebenarnya digunakan untuk lelaki mempunyai masalah demikian.


Kopi campuran yang dirampas di dalam operasi besar-besaran di seluruh negara ini sebenarnya telah berada dalam pasaran sejak lebih 2 tahun lalu.


Ia dijual secara jualan langsung (MLM)


Harganya bukan murah, RM30 sepeket 20gm, (RM300 untuk sekotak 10 peket).dan mempunyai dua jenis pembungkusan - kopi untuk lelaki dan kopi untuk wanita.


Syarikat yang diserbu ini sebenarnya telahpun dibatalkan Lesen Jualan Langsungnya oleh Kementerian Perdangangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK


Lesen jualan langsungnya telah dibatalkan sejak 19/09/2008


Setelah beberapa bulan menjalankan siasatan, risikan dan mendapatkan maklumat dalaman, akhirnya ibupejabat syarikat yang terletak di Taman Shamelin Perkasa diserbu.


Turut diserbu, kilang pembungkusannya di Melaka dan semua pejabat stokis di seluruh negara.Rampasan bernilai kira-kira RM1 juta.


Nampak mudah, tetapi sebenarnya banyak 'homework' perlu dibuat sebelum serbuan dilakukan kerana sebarang kesilapan boleh membawa implikasi besar.


'Kunci' utama ialah laporan kimia setelah sample produk diuji di makmal, membuktikan kandungan sebenar di dalam kopi campuran ini.


Ada dua jenis sample diujikaji dan hasilnya:

Extremen - (untuk lelaki) - mengandungi hydroxythiohomosildenafil
sejenis analog sildenafil iaitu sildenafil yang telah diubahsuai strukturnya dan sukar ditemui / dikesan melalui ujikaji jika makmal yang digunakan tidak canggih.

Sildenafil (Viagra) - digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi; ketikdamampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Sildenafil adalah di dalam kelas fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Sildenafil meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual berlaku.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Extrewomen - (untuk wanita) - mengandungi
tadalafil dan kaffein
Tadalafil digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi;ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Tadalafil berada dalam kelas disebut fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Ia bertindak dengan meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual.Hal ini meningkatkan aliran darah dapat menyebabkan ereksi. Tadalafil tidak menyembuhkan disfungsi ereksi atau meningkatkan hasrat seksual.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.


Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, orangramai seharusnya tidak mudah terpedaya dengan sebarang produk yang kini kebanyakannya dibungkus dan didakwa sebagai kopi dan mempunyai pelbagai 'kuasa luarbiasa'.


Harga yang begitu mahal serta dakwaan-dakwaan ajaib itu sepatutnya menimbulkan kecurigaan kepada mereka dan boleh meminta nasihat dari pihaknya jika meragui kandungan di dalamnya.


Beberapa lagi produk syarikat ini akan diuji dimakmal bagi menetukan kandungan sebenar di dalamnya.



Disalin tampal dari blog : ONDSCENE

06 Februari 2010

PAKU DI DINDING HATIMU

-->
Ada seorang pemuda yang bersifat pemarah (panas baran). Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Related Posts with Thumbnails