VVIP DENAI CINTA

29 Mei 2012

Bicara Kes Bunuh Datuk Sosilawati Ditangguh Esok

Bicara Kes Bunuh Sosilawati Ditangguh Esok
SHAH ALAM, 28 Mei : Prosiding di peringkat pembelaan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan ke esok (29 Mei 2012).
 
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, bekas peguam N. Pathmanabhan. Manjeet memaklumkan bahawa pihaknya memerlukan masa untuk meneliti bahan-bahan bukti bersama anak guamnya.
 
Peguam itu juga memberitahu mahkamah bahawa Pathmanabhan mengalami masalah kesihatan dan tidak bersedia meneruskan perbicaraan hari ini. "Anak guam saya terjatuh di Penjara Sungai Buloh semalam dan dikejarkan ke hospital. Justeru, beliau tidak cukup rehat dan tidak bersedia untuk perbicaraan hari ini," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails