VVIP DENAI CINTA

22 Disember 2011

2012 : Wang Kertas Dan Syiling Baru!!!



BNM Perkenal Matawang Siri Baharu Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2011 : Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia yang terdiri daripada wang kertas dengan reka bentuk baharu. "Wang kertas yang dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 itu akan berada dalam edaran pada separa kedua tahun depan. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran," kata BNM dalam kenyataan Rabu.

BNM berkata bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan bagi wang kertas RM1 dan RM5. Duit syiling siri baharu dengan denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, yang dilancarkan pada 25 Julai, akan berada dalam edaran pada Januari 2012.

Dengan bertemakan 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi. Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan dipertingkat termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

Bank pusat berkata ia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan lancar kepada mata wang siri baharu ini. "Vendor-vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan," kata BNM. - BERNAMA

2 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

woww...berkaler2...

Rohaifi Azri berkata...

DINAR gak yang terbaik! :)

Related Posts with Thumbnails