VVIP DENAI CINTA

07 April 2012

Najib Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Alahaiii UMNO-BN, takkanlah dah ketandusan pemimpin dari kalangan wanita untuk menerajui atau memangku jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat? Patutnya lantik Rosmah Mansur sebagai Senator seterusnya mengambil alih jawatan ini dari Shahrizat! :)

TEMERLOH, 7 April :
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad.

Mengumumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat, Perdana Menteri juga memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan Shahrizat sepanjang beliau menjawat jawatan berkenaan.


"Program ini merupakan program penutup kepada Shahrizat, bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas sumbangan yang diberikan," katanya pada majlis yang dihadiri lebih 20,000 orang di Dataran Tok Gajah, di sini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp).
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu.

Bagaimanapun, Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.
Najib berkata Shahrizat juga telah berjanji kepadanya untuk terus memberikan khidmat terbaik sebagai Ketua Wanita Umno. "Shahrizat dah janji pada saya, sebagai Ketua Wanita Umno untuk menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails