Pizza Hut Delivery atau ringkasannya PHD (bukan Perasaan Hasad Dengki ye). Teruja jugak nak mencuba servis PHD ini. Aku tak la buat panggilan supaya Pizza dihantar ke rumah, cuma kebetulan melalui premis PHD ini di Indera Mahkota (Kuantan), maka aku terus menapau pizza untuk dibawa balik. Servis OK dan pantas, cuma agak kecewa apabila membuka kotak pizza ini sebaik sahaja sampai di rumah.
Ini gambar risalah iklannya. Memang syok je tengok gambar pizza ni. Ditambah dengan harganya yang cukup berbaloi untuk dua pizza regular + 2 sup. So tanpa ragu-ragu, menu Double deals ini aku pilih.
Sebaik sahaja kotak dibuka... adeh! Entri ini aku tulis bukan untuk menghina makanan ini (apatah lagi pizza ini tetap aku, isteri dan anak-anak makan sampai habis - dah beli, makan je la), tetapi entri serta gambar-gambar ini aku paparkan untuk menyatakan kekecewaan terhadap penyediaan pizza oleh pihak Pizza Hut Delivery. Amat tidak wajar sama sekali pihak PHD menyediakan pizza sedemikian kepada pelanggannya.
Andai tidak mampu menyediakan pizza sebaik yang terpapar di dalam risalah iklan, cukuplah pizza yang disediakan menyamai mutu pizza yang dihidangkan kepada pelanggan yang makan (dine-in) di restoran-restoran Pizza Hut.
Mentang-mentanglah kami beli tapau/take away/delivery, maka pizza yang disediakan pun ala-kadar je. Pihak Pizza Hut Malaysia sewajarnya memantau cara penyediaan serta cara kerja staf sama ada di restoran mahupun di premis seperti PHD ini. TITIK-BERATKANLAH kualiti kerana kami sebagai pengguna mengharapkan hidangan yang bermutu serta berkualiti setiap kali berkunjung di sini.
Tapi aku pelik jugak, kenapalah aku ni banyak sangat pengalaman yang agak tak menarik setiap kali berkunjung ke premis Pizza-Hut. Sebelum ini pernah juga alami dengan servis buruk sebegini sebagaimana yang pernah aku nukilkan dalam entri dengan tajuk Pizza-Hut Atau Setepatnya Pizza-jaHAT? Namun pengalaman itu tidaklah seperti pengalaman seorang pensyarah yang makan Spageti Bolognaise dengan harga RM55,000.00 di Pizza-Hut...!!! :)
1 ulasan:
Baru kena tadi. memang hampehhh lah servis pizza hut.
Catat Ulasan