
VVIP DENAI CINTA
31 Mac 2012
Saya Sayang Roti Canai

Bagaimana Bisikan Syaitan Mengganggu Kita
Renungan pagi bersama al-fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Situasi A
Situasi A
- Hari ini janji nak membersih rumah, tapi minda memberitahu rumah tak kotor sebenarnya.
- Janji nak ke perpustakaan lepas Zohor, tapi minda memberitahu tak perlu, boleh buat di rumah aje.
- Janji nak berpuasa sunat besok, tapi bangun terlewat, minda memberitahu batalkan saja kerana ia bukan wajib.
- Janji nak siapkan assignment/tulisan/kerja penting, minda mengklik di laman Facebook, kejap-kejap balik ke Facebook melihat ada tak org respon apa yang kita taip.
- Ada azam nak berniaga, tapi sebelum mula, minda mula menakutkan hasrat itu dgn persoalan - 'apa kata kalau tak de bisnes?' - 'kalau tak dpt bayar pinjaman macam mana?' - 'kalau keluarga tiba-tiba perlukan duit?'
- Janji nak sembahyang subuh di masjid, minda berkata nampak nak hujan dan pelbagai jenis alasan lain utk sembahyang di rumah.
- Janji nak bersenam, rasanya ini tak perlu hurai...
Temui Kartunis Anti Lynas Di Kuantan HARI INI!!!
WARGA KUANTAN datang beramai-ramai untuk memberi sokongan dalam menjayakan Program amal "Kartunis Anti Lynas" bersama Zunar, Jonos, Johhny Ong, Azmie Taha, Abdullah Jones, Azman Md Noh dan ramai lagi di Kuantan pada 31 Mac 2012. Program seperti pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi melukis kartun, karikatur wajah percuma untuk orang ramai.
LOKASI :
BALOK - Dewan Balok Putra, Balok (belakang Petronas) (jam 3.00ptg - 5.00 ptg)
PANTAI TELUK CEMPEDAK - 8.00 mlm
LOKASI :
BALOK - Dewan Balok Putra, Balok (belakang Petronas) (jam 3.00ptg - 5.00 ptg)
PANTAI TELUK CEMPEDAK - 8.00 mlm
30 Mac 2012
Gadis Seksi Penari Tiang Didenda RM25

atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan
di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Denda hanya RM25 untuk kesalahan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang? Jom gelak reramai ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha haRAMJADAH!!!!!
SEREMBAN : Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
27 Mac 2012
HULURKAN SUMBANGAN UNTUK ADIK MAWAR

Menurut Sahida, disebabkan beberapa kesulitan dialami mereka yang ingin menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam, sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki di nombor akaun 1622 5471 9300. "Ramai hubungi kami memberitahu ada kesulitan, jadi, kami harap sesiapa yang mahu beri sumbangan boleh menggunakan akaun ini," katanya. - SINAR HARIAN
21 Mac 2012
Baharudin Mati Akibat Serangan Jantung - Patologi
Mahkamah Koroner yang mendengar perbicaraan inkues pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu diberitahu bahawa kulit Baharudin perlu disiat bagi mencari sama ada terdapat kesan lebam di bawah kulit pemandu teksi itu.
Guru Tiada Kuasa Bentuk Disiplin Pelajar
"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh"
Budak-budak sekarang naik lemak. Apa taknya, mak bapak sekarang pun jenis mempertahankan anak. Pantang dengar anak kena rotan dek guru, terus kononnya serbu sekolah serang guru, tak pun siap gi buat laporan polis dan pasang peguam dakwa guru tersebut di mahkamah.
20 Mac 2012
Alahai Pizza Hut Delivery - Servis Mengecewakan
Pizza Hut Delivery atau ringkasannya PHD (bukan Perasaan Hasad Dengki ye). Teruja jugak nak mencuba servis PHD ini. Aku tak la buat panggilan supaya Pizza dihantar ke rumah, cuma kebetulan melalui premis PHD ini di Indera Mahkota (Kuantan), maka aku terus menapau pizza untuk dibawa balik. Servis OK dan pantas, cuma agak kecewa apabila membuka kotak pizza ini sebaik sahaja sampai di rumah.


Sebaik sahaja kotak dibuka... adeh! Entri ini aku tulis bukan untuk menghina makanan ini (apatah lagi pizza ini tetap aku, isteri dan anak-anak makan sampai habis - dah beli, makan je la), tetapi entri serta gambar-gambar ini aku paparkan untuk menyatakan kekecewaan terhadap penyediaan pizza oleh pihak Pizza Hut Delivery. Amat tidak wajar sama sekali pihak PHD menyediakan pizza sedemikian kepada pelanggannya.
Andai tidak mampu menyediakan pizza sebaik yang terpapar di dalam risalah iklan, cukuplah pizza yang disediakan menyamai mutu pizza yang dihidangkan kepada pelanggan yang makan (dine-in) di restoran-restoran Pizza Hut.
Mentang-mentanglah kami beli tapau/take away/delivery, maka pizza yang disediakan pun ala-kadar je. Pihak Pizza Hut Malaysia sewajarnya memantau cara penyediaan serta cara kerja staf sama ada di restoran mahupun di premis seperti PHD ini. TITIK-BERATKANLAH kualiti kerana kami sebagai pengguna mengharapkan hidangan yang bermutu serta berkualiti setiap kali berkunjung di sini.


Tapi aku pelik jugak, kenapalah aku ni banyak sangat pengalaman yang agak tak menarik setiap kali berkunjung ke premis Pizza-Hut. Sebelum ini pernah juga alami dengan servis buruk sebegini sebagaimana yang pernah aku nukilkan dalam entri dengan tajuk Pizza-Hut Atau Setepatnya Pizza-jaHAT? Namun pengalaman itu tidaklah seperti pengalaman seorang pensyarah yang makan Spageti Bolognaise dengan harga RM55,000.00 di Pizza-Hut...!!! :)
Gadis Diculik Di Kuantan

Bersama membantu mencari adik ini.
Semoga dia selamat dan segera dijumpai!!!
Jenayah di mana-mana, berwaspadalah!!!
Semoga dia selamat dan segera dijumpai!!!
Jenayah di mana-mana, berwaspadalah!!!
16 Mac 2012
Kaki Lipas Dalam Spageti Bolognaise Pizza Hut : Ganti Rugi RM55,000 Kepada Pensyarah
09 Mac 2012
30 APRIL Penentu Nasib Empat Tertuduh Kes Bunuh Sosilawati
SHAH ALAM, 8 Mac : Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 30 April ini untuk memutuskan sama ada bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dua tahun lepas.
08 Mac 2012
Saksi Pernah Nampak Muthuraja & Shafiq Di Rumah Pathmanabhan
SHAH ALAM, 7 Mac : Seorang saksi memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Rabu bahawa beliau pernah nampak dua ahli perniagaan yang dilaporkan hilang dua tahun lepas, Shafiq Davendram Abdullah dan Muthuraja a/l Allalkathan di rumah bekas majikannya, N Pathmanabhan.
07 Mac 2012
Utamakan Lynas : Adnan Yaakob Tak Layak Bergelar MB!!!

"Kita amat terkilan dengan cadangan yang tidak masuk akal dan damaging ini daripada Menteri Besar. Australia akan mendapat A$18 juta (RM55 juta) daripada cukai yang dibayar Lynas setiap tahun. Apa yang kita dapat ialah sisa dan pencemaran daripada Lynas. Adnan Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar sekiranya beliau tetap meletakkan kepentingan syarikat asing daripada kesihatan dan kebajikan rakyatnya."
KENAPA SUNGAI LEMBING JADI MANGSA SISA LYNAS?
KUANTAN, 7 Mac : Gabungan aktivis anti-Lynas Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) mendakwa cadangan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing sangat bahaya. Ini kerana, tindakan membuang sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas di Gebeng ke tapak lombong yang sudah tidak digunakan di sana akan merosakkan alam sekitar.
KUANTAN, 7 Mac : Gabungan aktivis anti-Lynas Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) mendakwa cadangan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing sangat bahaya. Ini kerana, tindakan membuang sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas di Gebeng ke tapak lombong yang sudah tidak digunakan di sana akan merosakkan alam sekitar.
06 Mac 2012
ANU Tidak Berfungsi Selepas Berkhatan
Ishhhh... Malu pulak aku. Bukan malu apa, cuma malu bila kes macam ni gi mengadu kat bangsa lain. Mana pejuang-pejuang bangsa seperti PERKASA? Mana perginya UMNO yang kononnya menjuarai isu bangsa Melayu? Alih-alih akak ni bawa permasalahan berkaitan anu anaknya kepada bangsa Cina iaitu MCA. Aku bukannya bersikap perkauman, tapi malu le bila bab macam ni tak dapat ditangani oleh pemimpin-pemimpin Melayu. - SADIS woooo~
MURUNG SELEPAS BERKHATAN
PETALING JAYA : Seorang remaja memerlukan kos rawatan bagi memulihkan anggota sulitnya yang mungkin tidak boleh berfungsi selepas dikhatankan menggunakan peralatan tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM). Ibu mangsa, Ummi Kalsom Ahmed, 40, berkata, anaknya yang kini berusia 14 tahun bakal menanggung risiko alat sulitnya tidak dapat berfungsi akibat kejadian berkenaan.
MURUNG SELEPAS BERKHATAN
PETALING JAYA : Seorang remaja memerlukan kos rawatan bagi memulihkan anggota sulitnya yang mungkin tidak boleh berfungsi selepas dikhatankan menggunakan peralatan tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM). Ibu mangsa, Ummi Kalsom Ahmed, 40, berkata, anaknya yang kini berusia 14 tahun bakal menanggung risiko alat sulitnya tidak dapat berfungsi akibat kejadian berkenaan.
Remaja Dakwa Ditendang Polis


JOHOR BAHRU : Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang remaja yang didakwa ditendang polis dalam satu kejadian di Taman Tangkak Jaya, Tangkak, 3 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan menerima laporan mengenai insiden terbabit dan menegaskan siasatan terperinci sedang dijalankan.
MAUT Rempuh Babi Hutan
JERTIH : Perubahan sikap seorang wanita yang secara tiba-tiba menjadi pendiam bagaikan petanda bahawa dia akan meninggalkan mereka untuk selamanya apabila maut selepas kereta dipandu suaminya merempuh seekor babi hutan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kampung Anak Ikan, Kilometer 86, Jalan Jertih-Kuala Terengganu, di sini, semalam.
03 Mac 2012
Malam Gala Perasmian Tahun Melawat Kelantan 2012


Hadirin dihiburkan dengan pertunjukan pencak silat, pertunjukan laser dan bunga api dan pastinya persembahan yang ditunggu-tunggu melibatkan artis tersohor 'tiga negara' iaitu RAIHAN (Malaysia), Papa Rock Ramli Sarip (Singapura) dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia, OPICK.

Raihan dan Ramli Sarip masing-masing menyampaikan 4 buah lagu manakala Opick telah berkesempatan menyampaikan 5 lagu secara live. Dan di akhir persembahan ketiga-tiga nama besar dalam industri hiburan ini bergabung menyampaikan lagu Bukan Kerna Nama.

Nyata usaha kerajaan KELANTAN untuk menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 dengan menampilkan pelancongan bercirikan dakwah dan Islamik adalah sesuatu yang amat wajar disokong oleh semua pihak. Semoga sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk membawa masuk 6 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan berhasil.
Ahli Perniagaan India Tidak Pulang Selepas Berjumpa Pathmanabhan
SHAH ALAM, 2 Mac : Isteri kedua ahli perniagaan India, Muthuraja a/l Allalkathan, memberitahu perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat bahawa suaminya tidak pernah pulang semula ke India selepas pergi ke Malaysia untuk berjumpa tertuduh pertama, N Pathmanabhan, dua tahun lepas.
KULIAH PERDANA BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS Sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus melengkapkan aturcara kalendar pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012. Kuliah yang dimulakan selepas waktu asar ini berjaya menarik tidak kurang 10,000 hadirin untuk mendengar sesi soal-jawab agama oleh tokoh pendakwah bertaraf selebriti ini.
Rata-rata hadirin jelas terhibur dengan konsep dakwah santai yang dibawakan Ustaz Azhar Idrus, bukan sahaja terhibur bahkan hadirin dapat mencerna dan memahami setiap persoalan yang dikemukan dan dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dengan contoh dan dalil yang memudahkan pemahaman hadirin. Dan aksi bersahaja saudara Bob Lokman selaku 'pembaca soalan' turut mencuit hati khlayak yang hadir, majlis berakhir sekitar jam 7.00 malam.
Semoga usaha kerajaan negeri Kelantan dalam menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2012 ini akan membuahkan hasil dan sasaran untuk membawa 6juta pelancong ke Kelantan akan berjaya dicapai.







01 Mac 2012
Sosilawati Rancang Jual Tanah RM200 Juta Di Pulau Pinang
SHAH ALAM, 1 Mac : Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu bahawa syarikat milik jutawan kosmetik itu terlibat dalam urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan sebuah syarikat. Pegawai penyiasat ASP Mohd Ishak Yaakob berkata syarikat Southern Symphony Sdn Bhd yang dimiliki oleh Sosilawati merancang menjual tanah berkenaan kepada syarikat Ample Quality Sdn Bhd yang mana ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
♥ Tajuk ♥ Pilihan ♥
18SX
(1)
ADUAN RAKYAT
(7)
aku dan diriku
(7)
AMINULRASYID
(58)
automotif
(2)
BENCANA ALAM
(7)
BERSIH
(19)
BISNES
(3)
BUNUH DIRI
(1)
cinta
(5)
COVID-19
(1)
DOA PENENANG JIWA
(1)
dunia hiburan
(26)
Dunia Islam
(1)
FILEM
(2)
GLOBAL
(1)
iklan
(8)
imigran
(1)
ISU MASYARAKAT
(47)
JALAN JALAN CARI MAKAN
(13)
jom bodohi rakyat
(2)
Justice For Baharudin Ahmad [Wira Bersih 2.0]
(5)
JUVANA
(11)
kebajikan
(3)
kekeluargaan
(8)
kelaku jahat pemimpin negara
(17)
KELANTAN
(35)
kemalangan
(8)
KES SAMAN
(2)
kesihatan
(17)
kesihatan INFOpemakanan
(5)
KISAH TELADAN
(16)
KOMIK
(7)
KOMUNITI
(1)
lirik
(5)
mahkamah
(5)
makluman
(8)
MASALAH SOSIAL
(48)
MISTIK
(1)
MOTIVASI
(4)
mutiara kata tok guru
(6)
negaraku
(45)
NUKLEAR
(1)
PALESTIN
(3)
PDRM
(28)
PENDIDIKAN
(5)
PENGGUNA
(47)
pentas teater
(2)
PERGI SELAMANYA
(32)
PIHAK BERKUASA
(24)
Politik BERSIH
(1)
RAFIQIN DARWISY
(8)
renungan
(61)
RESIPI
(2)
rona jiwa
(4)
ROYALTI PETROLEUM
(2)
RUANGAN AGAMA
(29)
SANTAI
(19)
SEJARAH NEGARA
(2)
selebriti
(2)
SENI BUDAYA
(4)
SOSILAWATI
(221)
sudut dakwah
(3)
TABUNG
(1)
TOKOH PERNIAGAAN
(3)
unsung heroes
(3)
video
(11)