VVIP DENAI CINTA

03 Disember 2010

4 DALAM 1 : Harga Petrol RON95, Diesel, Gas, Gula NAIK LAGI

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) . Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Senarai harga baru adalah seperti berikut :-
  • Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter
  • Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter
  • Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram


SALAHUDDIN PERSOAL KENAIKAN HARGA MINYAK
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Dis : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95. Dalam kenyataaanya kepada Harakahdaily, Salahuddin yang melahirkan kebimbangan dengan ura-ura kenaikan itu menegaskan, petrol RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.

Kelmarin kerajaan telah menaikkan harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Ura-ura RON 95 turut akan dinaikkan mula diperkatakan hari ini ekoran keputusan kerajaan mahu menyelaraskan kadar subsidi di mana akan berkuatkuasa malam ini. Beberapa portal berita melaporkan kemungkinan keputusan rasmi mengenai kenaikkan tersebut akan diumumkan pada petang ini.

Kata Salahuddin sekiranya (kenaikan itu) berlaku ia sangat mengecewakan. Ditanya sebarang tindakan susulan oleh PAS berhubung perkembangan tersebut sekiranya berlaku, Salahuddin berkata ia belum difikirkan setakat ini tetapi apa sahaja dasar kerajaan yang tidak munasabah dan membebankan rakyat akan dibantah keras oleh PAS.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya. Dalam perkembangan semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angka tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails