VVIP DENAI CINTA

16 Disember 2010

Sebutan Semula Kes Pembunuhan Sosilawati 27 Januari 2011

BERNAMA
BANTING, 16 Dis : Mahkamah Majistret Teluk Datuk di sini Khamis menetapkan 27 Jan tahun hadapan untuk sebutan semula kes empat lelaki termasuk peguam N Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu ekoran permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Pada prosiding hari ini pihak pendakwaan dijadual menyerahkan laporan-laporan yang diperlukan oleh pihak pembelaan.

Ishak berkata kesemua laporan yang diperlukan oleh pihak pembelaan telah disediakan tetapi satu tarikh sebutan baru diperlukan memandangkan ada permohonan daripada pihak tertuduh untuk satu semakan sabitan dan hukuman terhadap bekas pekerja ladang, K Sarawanan, 19, di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang ditetapkan pada 10 Jan tahun hadapan.

Pada 15 Okt lepas, Sarawanan mengaku bersalah di mahkamah yang sama berhubung dakwaan menghilangkan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan, yang dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana membakar mayat keempat-empat mangsa itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lepas, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan. Ishak berkata beliau tidak mendapat bantahan daripada peguam-peguam tertuduh mengenai permohonan tarikh sebutan baru ini.

Pada 13 Okt lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, Noorshisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos lepas.

Pada prosiding hari ini peguambela Khatavarayan, Ravi Nekoo memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah dipukul semasa berada dalam tahanan penjara. Hurman mengarahkan Ravi supaya membuat laporan polis.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails