Geli mata aku membaca tajuk akhbar tentang pelajar yang baru usianya 15 tahun tapi dah gatal sangat nak berlaki! Berita ditulis dengan turut menyelitkan perkataan 'PINTAR' (kerana gadis mentah ini pernah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR).
Kalaulah benar gadis ini PINTAR, rasa-rasanya takdelah dia dalam umur sementah itu sudah sanggup membelakangkan keluarga demi untuk berkahwin! Peperiksaan PMR pun belum ambil, dah nak menikah?
Kepada wartwan-wartawan akhbar, lain kali pilihlah tajuk yang tepat. Jangan mengelirukan pembaca dan membuat diri anda digelakkan dengan pemilihan tajuk yang langsung tidak menunjukkan kepintaran anda sebagai penulis.
Kalau pelajar ini PINTAR, sama-sekali dia tidak akan menghabiskan masanya dengan melayan persoalan cinta, apatah lagi di usianya yang nyata masih terlalu muda. Gadis sebegini bukannya pintar, tetapi MANGKUK HAYUN!!!
Kalaulah benar gadis ini PINTAR, rasa-rasanya takdelah dia dalam umur sementah itu sudah sanggup membelakangkan keluarga demi untuk berkahwin! Peperiksaan PMR pun belum ambil, dah nak menikah?
Kepada wartwan-wartawan akhbar, lain kali pilihlah tajuk yang tepat. Jangan mengelirukan pembaca dan membuat diri anda digelakkan dengan pemilihan tajuk yang langsung tidak menunjukkan kepintaran anda sebagai penulis.
Kalau pelajar ini PINTAR, sama-sekali dia tidak akan menghabiskan masanya dengan melayan persoalan cinta, apatah lagi di usianya yang nyata masih terlalu muda. Gadis sebegini bukannya pintar, tetapi MANGKUK HAYUN!!!
.................................................
BERITA HARIAN
PELAJAR PINTAR MAHU SEGERA NIKAH
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Hamzah Osman
LANGKAWI : Halimaton Abd Rashid, 15, pelajar pintar yang dilaporkan hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, sejak lapan hari lalu kini berada di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Kisap, di sini. Ketika ditemui, Halimaton yang berasal dari Kampung Lanai, Kupang, Baling, berkata dia sanggup meredah segala kepayahan bagi memastikan dia dan teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, dapat berkahwin dalam tempoh terdekat.
Halimaton juga menafikan dakwaan kakaknya, Hamiza, 23, dan ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, mengenai dirinya, selain menyifatkan ia sebagai fitnah. "Saya keluar dari rumah kakak di Sungai Petani jam 9 pagi Isnin lalu dengan rela hati sebelum menaiki bas ke jeti Kuala Perlis sebelum menaiki feri ke Langkawi dan dijemput adik Mohamad Noor pada jam 11.30 pagi di jeti Kuah.
"Saya terus ke rumah mak cik (ibu Mohamad Noor). Jadi dakwaan dibuat kakak dan ibu mengatakan saya dilarikan adalah fitnah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Halimaton yang tidak bersekolah sejak seminggu lalu berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kuala Teriang, di sini, manakala Mohamad Noor juga berbuat demikian bagi mempertahankan diri. "Kami belum berkahwin dan sedang berusaha ke arah itu. Beberapa hari lalu kami menemui Pegawai Agama Daerah Langkawi," katanya.
Halimaton dan Mohamad Noor menunjukkan salinan laporan polis
dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka
di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, semalam.
dan keratan laporan akhbar berhubung kes mereka
di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, semalam.
Halimaton turut mempersoalkan tindakan Hamiza yang beria-ria membuat kenyataan tidak mengenali Mohamad Noor sedangkan mereka mengenalinya sejak empat tahun lalu. "Sebelum ini mereka ada hubungan sebagai adik dan kakak angkat. Kalau cakap tidak kenal itu satu penipuan kerana empat tahun kakak saya bekerja di Langkawi dan mereka memang kenal antara satu sama lain."
"Apa jadi pun saya mahu kahwin dengan Mohamad Noor. Malah, keluarga Mohamad Noor menerima saya dengan elok, cuma keluarga saya menentang hasrat kami untuk berkahwin," katanya. Sementara itu, Mohamad Noor yang bekerja sebagai penyelia restoran berkata, beliau kecewa kerana kakak dan ibu Halimaton menuduhnya menculik dan melarikan gadis itu.
"Saya tidak pernah pergi Kelantan dan saya belum kahwin dengan Halimaton. Malah, ibu saya, Azizah Senapi dan bapa tiri, Abd Razak Md Hashim setiap hari cuba menghubungi keluarga Halimaton di Baling untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik," katanya.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan yang dihubungi mengesahkan menerima kedua-dua laporan itu. Sementara itu, Normah yang dihubungi Berita Harian berkata, Halimaton ada menghantar SMS kepadanya tengah hari semalam memaklumkan dia berada di Langkawi bersama keluarga Mohamad Noor.
"Dia pesan supaya saya menonton berita televisyen dan membeli akhbar esok (hari ini) untuk mengetahui cerita sebenar," katanya.
2 ulasan:
wah buat laporan polis... peh.... nak tunjuk pandai la tu... kuar umah... pegi jauh dari umah.... g umah jantan... tu bukan lari umah ke? ko pintar tahap apa yer? mungkin adik ni ingat.... lari umah tu= kuar umah sambil belari2 agaknyerr.
dpt 5A upsr pon da kira pintar kew???mcm ape j..
baru knal jantan tu bpe hari j..
wat laporan polis kat akak sndiri..
da r tak kawen ag..bukannye jantan tu nk tolong ko masuk syurga pon!
Catat Ulasan