VVIP DENAI CINTA

12 September 2012

JIJIK DAN MEMALUKAN - Tandas Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 WAJIB DIBAIK-PULIH DAN DINAIK-TARAF!!!

AMARAN : Jika anda sedang menikmati juadah, jangan dilihat gambar-gambar dibawah ini kerana dibimbangi ia membantutkan selera makan anda.

Apa sudah jadi? Pahang Darul Makmur, mampu menyediakan jutaan Ringgit Malaysia (RM) untuk menyediakan prasarana sukan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2012. Tetapi amat malang apabila Masjid Sultan Ahmad Shah 1 yang merupakan MASJID NEGERI di negeri kelahiran Perdana Menteri 1Malaysia ini amat dhaif dan meloyakan...!!!

Amatlah diharapkan agar sesuatu dapat dilakukan untuk membaik-pulih tandas-tandas di Masjid Negeri ini kerana ia merupakan tempat tumpuan umat Islam di bandar Kuantan untuk mengerjakan ibadah. Masjid ini juga kerap dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri Pahang. Amat memalukan apabila tandas di masjid yang cukup gah ini nyata begitu kotor dan paip serta pam tandasnya ada yang langsung tidak berfungsi.

Menteri Besar Pahang, sesekali jenguklah permasalahan di masjid yang letaknya hanya bersebelahan dari pejabat anda di Wisma Sri Pahang.

Gambar-gambar ini dirakam pada 12 September 2012, sekitar jam 5:50 petang di tandas lelaki. Hampir 80% tandas tidak dapat digunakan!!! Masalah pam tandas rosak, pintu tercabut dan paip tidak berfungsi. Sesuatu harus dilakukan. TANDAS MASJID NEGERI PAHANG INI WAJAR DIBAIK-PULIH DAN DINAIK-TARAF SEGERA...!!!!!

Banyak tandas yang ditinggalkan 'khazanah berharga'.



Pintu tandas tercabut dan lihatlah najis-najis yang memualkan ini.
Inikah imej tandas Masjid Negeri?

Paip tidak boleh digunakan!!!


Pintu bilik mandi turut rosak...!!!
Keadaan bilik mandi juga amat menyedihkan!!!


Apa sudah jadi.....?

10 September 2012

Bicara Saksi Beri Keterangan Palsu Kes Bunuh Sosilawati Ditetap 5 November

SHAH ALAM, Ogos 2012 : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 5 dan 6 November ini untuk perbicaraan kes pekerja ladang, U Suresh yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini.

RAHSIA KEJAYAAN - Migran Malaysia Antara Orang Terkaya Di Australia

10 Kunci utama merungkai rahsia kejayaan. Sepuluh prinsip berkenaan ialah :
[01] Jadikan idea anda sebagai jalan kehidupan anda;
[02] Bangkit, berdiri dan jangan berhenti selagi matlamat belum tercapai;
[03] Bekerjalah dengan tekun;
[04] Usah gentar - hadapilah semua halangan;
[05] Malam paling gelita akan berakhir dengan subuh yang terang;
[06] Ikhlaslah daripada segi pemikiran, kata-kata dan perbuatan;
[07] Peribadi terbina melalui jatuh bangun dalam kehidupan;
[08] Setiap orang memiliki kehebatan tersendiri;
[09] Tetapkan matlamat sendiri;
[10] dan Semua kuasa ada dalam diri anda.
 
MELBOURNE, 9 Sept (Bernama) : Sifat berwawasan jauh sering dikaitkan dengan Maha Sinnathamby, migran dari Malaysia yang kini mencipta nama sebagai antara ahli perniagaan paling kaya dan berjaya di Australia.

09 September 2012

Sesucinya Cintamu : Biarkan Aku Memandikan Jenazah Suamiku

Seorang isteri menangis-menangis mahu memandikan jenazah suaminya. Bapa mertua serta adik-beradik lelaki suaminya tak bagi, katanya biarlah kaum lelaki yang memandikan jenazah. Sambil menangis isteri berkata; "ini janji kami suami isteri." Suaminya pernah berkata, "jika abang mati dulu, kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang. Dan seandainya kamu (isteri) mati lebih dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu."

04 September 2012

Saiful Tidak Seperti Mangsa Penderaan Seksual Biasa



Hafiz Yatim | Malaysiakini.com | 4 September 2012 
Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual 'biasa'. Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II'} yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain.

26 Ogos 2012

HUDUD Terbukti Mampu Selesai Jenayah Di Saudi

24 Ogs 2012
 
Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

06 Ogos 2012

Najib : Selesaikan Dulu Masalah Air Di Pahang - Jangan Dok Gebang!!!

Sebagai rakyat Kelantan Darul Naim, aku hanya mampu tersenyum membaca kenyataan dari PM (Pak Mongol) Datuk Seri Najib yang MEMBERI JAMINAN untuk menyelesaikan masalah air sekiranya BN 'berkuasa' di Kelantan. Jib, usah cakap berdegar-degar... Pi balik Pahang (negeri dikuasai BN sejak merdeka), pi tengok dan jenguk Rompin, Jengka dan kawasan Pekan. Selesaikan dulu masalah air di negeri sendiri dan jangan dok menyibuk dengan negeri orang. Negeri sendiri belum selesai masalah air, ada hati nak kondem negeri orang... puiii~

Najib Beri Jaminan Masalah Air Selesai Jika BN Berkuasa Di Kelantan
KOTA BAHARU, 5 Ogos : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Related Posts with Thumbnails