Seorang isteri menangis-menangis mahu memandikan jenazah suaminya. Bapa mertua serta adik-beradik lelaki suaminya tak bagi, katanya biarlah kaum lelaki yang memandikan jenazah. Sambil menangis isteri berkata; "ini janji kami suami isteri." Suaminya pernah berkata, "jika abang mati dulu, kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang. Dan seandainya kamu (isteri) mati lebih dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu."
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk lantas bertanyakan perihal apa yang berlaku. Kemudian untaz tersebut berkata tidak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami. Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang kusayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata, "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Moga Allah beri pahala untukmu suamiku.." Si isteri kemudian membasuh tubuh suami sambil berkata, "Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang kepadaku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku..."
Semasa membasuh kaki jenazah suaminya, beliau berkata, "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari rezekiNYA, terima kasih abang... Moga Allah beri abang kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda dariNYA."
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata, "Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerna kasih sayang Allah padamu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
1 ulasan:
Sungguh syahdu.....
Catat Ulasan