SHAH ALAM, 25 Januari : Mahkamah Tinggi Rabu menolak permohonan pendakwaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menjadikan saksi mereka sebagai saksi berpaling tadah. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan tidak mempunyai asas untuk menyokong permohonan untuk menjadikan saksinya yang ke-89 iaitu R Vakason, 20, sebagai saksi berpaling tadah.
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata beliau bersetuju dengan Peguam Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili tertuduh pertama N Pathmanabhan, bahawa pendakwaan perlu mempunyai asas untuk menyokong permohonan itu. Akhtar berkata beliau juga tidak nampak sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai berpaling tadah dilakukan saksi berkenaan terhadap Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
Terdahulu, Ishak mengemukakan permohonan itu mengikut Seksyen 154 Akta Keterangan atas alasan keterangan Vakason tidak memihak kepada pendakwaan. Beliau juga berkata pendakwaan mempunyai hak untuk mencabar kebolehpercayaan Vakason yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Pada peringkat awal perbicaraan, Ishak dalam ucapan pembukaannya memberitahu mahkamah Vakason akan dipanggil memberi keterangan bagi mengesahkan bahawa pada 30 Ogos 2010 kira-kira 6.40 petang, dia ada ternampak Sosilawati datang dengan kereta jenis BMW hitam bersama tiga lelaki Melayu dan mengecam jutawan kosmetik itu.
Bagaimanapun, dalam keterangannya, Vakason memberitahu mahkamah dia tidak melihat apa-apa yang berlaku di sebuah ladang di Banting pada 30 Ogos 2010, hari Sosilawati dan tiga individu lain dikatakan dibunuh. Saksi itu berkata dia hanya terdengar bunyi kereta sebelum tertidur kira-kira 6 petang pada hari tersebut dan bangun pada esoknya.
Vakason berkata selepas itu, dia melakukan kerja di ladang berkenaan iaitu memberi ayam makan manakala tertuduh kedua, T Thilaiyalagan dan tertuduh ketiga, R Matan, memberi kambing makan. "Kira-kira pukul 6 petang (31 Ogos 2010) U.Suresh (saksi ke-29 pendakwaan ) datang dan tanya saya sama ada saya nak balik rumah saya atau tidak, dan saya katanya.
"Suresh telah hantar saya pulang ke rumah dan juga beri wang RM800 sebagai upah untuk saya buat kerja," katanya pada perbicaraan kes bekas peguam Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang Thilaiyalagan, Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010, dan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya siapa pemilik ladang dan haiwan berkenaan, saksi itu menjawab tidak tahu. Perbicaraan yang masuk hari ke-58 bersambung esok. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan