VVIP DENAI CINTA

06 Januari 2012

Abang Dipenjara Pukul Teman Lelaki Adik

Apabila undang-undang ciptaan manusia digunakan, maka inilah jadinya. Makin syokkk la adiknya nanti (andai tidak insaf) untuk bebas merdeka bertemu kekasih hati. Kepada si abang, tindakan anda mempertahan serta menjaga maruah adik anda (yang dihantar lewat malam oleh boyfriendnya) amatlah mulia. Mungkin hanya sedikit silap apabila berlaku kecederaan kepada si mangsa.

Segelintir manusia mungkin akan kata, negara kita ni ada undang-undang, yang kaupakai undang-undang sendiri sampai patah tangan boyfriend adikkau tu kenapa...? Buat segelintir manusia yang bodoh ni, suka juga aku nak bertanya, apakah terkandung dalam perundangan yang digunapakai KERAjaan sekarang ini, undang-undang yang menghalang teman lelaki membawa keluar pasangannya ke hulu ke hilir sehingga lewat malam? Berkepit sana-sini, berpeleseran siang malam, apakah tindakan tegas yang diambil?

Mana yang lebih baik, undang-undang ciptaan manusia atau undang-undang milik ALLAH.....?


Lelaki Menangis Bersalah Pukul Teman Lelaki Adik
KOTA BHARU, 05 Januari 2012 – Pekarangan Mahkamah Tinggi di sini diselubungi hiba apabila seorang lelaki menangis selepas hukuman bersabit kesalahan mencederakan teman lelaki adiknya dikekalkan mahkamah itu, semalam. Lebih memilukan apabila beberapa ahli keluarganya yang hadir turut dilihat mengesat air mata menangisi keputusan yang dibuat Hakim Azman Abdullah itu.

Azman mengekalkan penjara dua tahun dan denda RM1,500 atau enam bulan penjara terhadap Mohamad Suhaimi Mohd Zain, 22, kerana kesalahan mencederakan Wan Nazari Mohamed, 24, menggunakan kayu sehingga mangsa patah sebelah tangan. Kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai kopi di Chabang Tiga Bator, Jelawat, Bachok pada jam 9 malam, 22 Mei 2005.

Difahamkan kejadian berpunca selepas tertuduh dikatakan tidak merestui perhubungan adiknya itu serta tidak berpuas hati dengan mangsa yang menghantar adiknya pulang lewat malam dua hari sebelum pergaduhan tersebut. Azman dalam keputusannya berkata, tidak ada kesilapan pada keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Ogos 2010 sebelum ini.

"Hukuman tersebut munasabah, maka saya kekalkan sabitan dan hukuman ini terhadap kamu," katanya. Sejurus keputusan terhadap rayuan tertuduh itu dibuat, tertuduh dilihat menangis ketika tangannya digari. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Aznika Anas dan peguam bela, Datuk Syukri Mohamed. - SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails