VVIP DENAI CINTA

30 Januari 2012

130 POLIS TERENGGANU TERLIBAT KES JENAYAH


Errr... 130 KES, ini statistik KES JENAYAH 2011 Polis Terengganu je ye. Belum termasuk lagi Polis negeri-negeri lain di Malaysia. Agaknya berapa banyak la KES JENAYAH yang dilakukan Polis 1Malaysia ni ye...!!! :)

KUALA TERENGGANU :
Seramai 130 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah dan jenayah sepanjang tahun lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, daripada jumlah itu, 31 kes melibatkan pegawai sementara 99 lagi kes membabitkan anggota biasa.

Aku kata : "Bongok betul!!! Dah elok-elok jadi Polis, bikin jenayah la pulak!!! Malaun punya Samdol Sarip Dol!!!"
Bagaimanapun katanya, jumlah itu menurun berbanding 138 kes yang direkodkan sepanjang tahun 2010.
Aku kata : "Menurun sebanyak 3 kes. Cehhhh!!! Takde menurunnya. Kes-kes yang tak dilaporkan seperti rasuah dan lain-lain kes yang tak tertangkap, toksah cakap menurun la...!!!"
"Kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah melibatkan penyalahgunaan dadah. Bagi kes yang didapati bersalah di mahkamah, pegawai atau anggota terbabit secara automatiknya akan dibuang kerja."
Aku kata : "Kebanyakan kes melibatkan dadah? Mana dapat bekalan? Takkan korang rampas dadah lepas guna-pakai pulak dadah yang rampas tu....? HahahahahaHAMJADAH!!!" :)
"Bagi kes-kes tertentu, ada yang dikenakan tindakan penggantungan kerja, dipotong gaji, diberi peringatan serta diturunkan pangkat," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di sini semalam. - KOSMO! 19 Januari 2012

Aku kata : "Yang lakukan jenayah, sama ada tak bersabit salah di mahkamah, BUANG je la oiiii...!!! Berlambak lagi kat luar sana yang lebih BERKELAYAKAN mendambakan tugas sebagai anggota Polis ni...!!!"

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails