BERNAMA
SHAH ALAM, 2 Nov : Keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya Selasa memfailkan saman terhadap N Pathmanabhan dan lima pekerja ladang yang didakwa terlibat dalam kes kematian jutawan kosmetik itu bagi menuntut ganti rugi RM60 juta.
Keenam-enam anak Sosilawati, iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari, Rizuwan Buhari, Md Erwan Nasri Buhari, Erni Rineelawati Buhari dan Siti Nur Fatimah Buhari memfailkan saman itu melalui Tetuan Kamarudin & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 8.45 pagi. Selain Pathmanabhan, mereka juga menamakan K Kathavarayan, R Mathan, T Thilailayagan, J Sarawanan dan U Suresh, kesemuanya pekerja ladang milik Pathmanabhan, sebagai defendan.