VVIP DENAI CINTA

06 Ogos 2012

JANJI DICAPATI : Najib Razak - Jangan Hanya Pandai Tabur Janji. Selesai Dulu Masalah Air Di Pahang!!!


Sedih rasa, selepas hampir 20 tahun tinggalkan kampung halaman di Jengka 7, rupanya masalah air yang menimpa penduduk di sana masih belum selesai-selesai sejak lebih 30 tahun lalu. Macam-macam alasan diberikan oleh pihak berkenaan bila isu ini diajukan kepada Jabatan Bekalan Air yang dah jadi PAIP sekarang ini.

Lebih sedih apabila ada yang sebulan tak berair dan akhirnya kini terpaksa keluar duit RM500 hingga RM600 untuk membeli tangki PVC (foto), kata mereka tiap-tiap tahun meter paip ditukar yang baru, tapi air tetap sama...

Usah tuding jari ke Selangor dan Kelantan dlm isu air ni..!!! Negeri Pahang lebih teruk sebenarnya... Siapakah yg harus dipersalahkan. Kini JBA dan diswastakan.. isu air tetap sama sejak zaman berzaman.

Kasihan kat rakyat, tambah-tambah menjelang Aidil Fitri tidak lama lagi. So, harap Kerajaan NEGERI KELAHIRAN NAJIB RAZAK dapat diselesaikan isu air di negeri sendiri dulu sebelum dok sibuk jaga tepi kain orang lain ye. Memalukan sungguhlah!!! 
Sumber dari Facebook : cmk Cucumatkilau

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails