VVIP DENAI CINTA

11 Mei 2012

Jangan Guna Agama Pancing Undi - Guna DUIT Takpe!!!

"Jangan guna agama sebagai umpan pancing undi," demikianlah ucapan Pak Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Guna agama? MAKA amat jelas dari ucapan pemimpin UMNO ini memperlihatkan UMNO adalah sebuah parti yang 'meninggalkan' ISLAM dalam perjuangannya, 'Politik suku, Agama suku'.
 
"Jangan guna agama sebagai umpan pancing undi," guna agama tak boleh, yang boleh hanyalah GUNAKAN DUIT, imbuhan (RM), Bantuan (RM jugak tu), kenaikan gaji (pitis le jugak)....!!! Agama tak boleh digunakan, dan hanya wang, duit, fulus, pitis sahaja yang dibenarkan SEBAGAI UMPAN PANCING UNDI....???
 
Hanya setakat ini sahajalah mentaliti/pemikiran serta aqidah menteri di Malaysia. Semoga rakyat Malaysia bijak menilai. Terutamanya bangsa melayu yang agamanya Islam. Islam tidak boleh terpisah dari kehidupan kita. Setiap derap langkah kita dalam apa jua urusan bakal diadili di Mahsyar kelak. Agama bukan sebagai umpan pilihanraya, tetapi agama adalah penentu kepada sebuah kerajaan yang baik dan mengikut suruhan serta menjauhi larangan ALLAH SWT Tuhan Seru Sekalian Alam...!!! - wallahu a'lam 
 
Jangan Guna Agama Sebagai Umpan Pancing Undi
KUALA LUMPUR, 11 Mei : Parti politik diingatkan supaya tidak menggunakan agama sebagai alat kepentingan politik dalam meraih undi dan mendapat sokongan rakyat di negara ini, kata naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya agama tidak wajar dijadikan alat untuk mengikat rakyat terus menyokong kepimpinan sesebuah parti.
 
"Kita harus melihat bahawa akan berlaku gelojak politik yang akan mengeruhkan situasi sesuatu agama dan bangsa apabila dijadikan agama sebagai cara untuk politik kerana berdasarkan agama lain ia akan mengalami kegagalan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
 
Terdahulu beliau menjadi tetamu jemputan program 'Helo Malaysia' terbitan Bernama TV bertajuk 'Intan dan Kaca' yang mengupas isu kepimpinan perjuangan Umno selama 66 tahun. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata pelbagai isu seperti agama adalah tidak wajar digunakan untuk meraih undi dari rakyat kerana ia memudaratkan agama itu sendiri. - BERNAMA

1 ulasan:

kakyongnida berkata...

menyampah tgk berita sekarang..

Related Posts with Thumbnails