Artis nak berubah, janganlah kita pula yang jadi penghalang dan 'membawa mulut' dengan mereka cerita yang bukan-bukan. Mentang-mentang Abby Abadi berbicara di majlis anjuran Parti Islam Semalaysia (PAS), maka ada pihak yang terus melabelkan beliau ingin menyertai PAS.
Dia nak berubah dan hanya menggunakan platform majlis PAS untuk berkongsi 'penghijrahannya'. Artis sebegini haruslah kita sokong. Mengapa artis yang ingin berubah ke arah yang lebih diredhai Allah swt kita pandang serong hanya dek pentas yang dia naiki adalah pentas sebuah parti politik Islam? Dan kita lebih tega memuja artis yang bergelek punggung di ceramah parti politik pemerintah?
Sama-sama kita bermuhasabah diri. Baik pendokong PAS mahupun fanatik UMNO-BN. Pendokong PAS dan PR tentu teruja apabila artis turut hadir dalam program mereka, tapi usahlah digembar-gemburkan mereka akan menyertai PAS atau PR hanya kerana mereka sudi hadir menjayakan program PR. Biarlah artis ini bersifat 'neutral' sekiranya jiwa mereka masih belum kuat untuk benar-benar 100% terjun ke dalam perjuangan.
Mereka berani menghadiri majlis keagamaan, itu sudah suatu kemenangan bagi diri mereka dan juga bagi pendokong perjuangan Islam. Jangan persepsi kita bahawa artis yang hadir ke majlis PAS terus dicop sebagai nak sertai PAS. Persepsi sebegini kelak bisa menjauhkan golongan selebriti dari mendekati PAS kerana pihak parti pemerintah semahunya akan menekan serta menakutkan golongan artis yang mahu berubah dan menyokong PR.
DAN bagi pendokong UMNO-BN, usah cemburu dan semberono menyerang artis-artis yang berubah serta hadir ke pentas ceramah PAS untuk berkongsi 'penghijrahan' mereka. Bagaimana mungkin mereka ingin berkongsi 'penghijrahan' di pentas UMNO-BN sedangkan parti kalian tidak menyediakan majlis-majlis keagamaan!!! Takkan nak kongsi penghijrahan dalam konsert gelek punggung....???!!!!!
Kepada Abby Abadi, semoga terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan dan tidak terkesan dengan suara-suara sumbang serta komen-komen negatif pihak-pihak berkepentingan. Rezeki Allah swt Maha Luas, semoga terus sukses dan maju jaya dalam apa yang dilakukan.
Abby Abadi di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang,
Pantai Rhu Muda, Marang beberapa hari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan