VVIP DENAI CINTA

27 April 2011

Rita Mahu Fokus Perniagaan Ibu

KUALA LUMPUR : "Saya belum bersedia mendirikan rumahtangga kerana mahu tumpukan kepada perniagaan," kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditanya bila ingin mengakhiri zaman bujangnya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, sebagai usahawan wanita, tambahan pula dalam usia masih muda, banyak lagi cabaran perlu ditempuhi untuk memantapkan syarikat diwarisi ibunya. Ahad lalu, Metro Ahad melaporkan Rita, 25, meletakkan dua 'syarat' kepada lelaki yang ingin menjadi jodohnya, namun kata Rita, itu bukan bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat, sebaliknya tumpuan pada masa ini lebih kepada perniagaan.

"Rita mahu fokus kepada syarikat dan keluarga dulu, bila jodoh sudah tiba nanti, Rita akan beritahu semua, bagaimanapun segalanya ditentukan Tuhan," ujarnya sambil tersenyum.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails